SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 27 Disember 2012

Kalimah Allah: Pakatan Adakan Mesyuarat khas – Anwar

KUALA LUMPUR 27 Dis: Satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu penggunaan kalimah Allah akan diatur segera demi menjaga kesepakatan dan sensitiviti agama, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan atur mesyuarat khas, segera untuk bincang isu itu. Saya yakin tidak ada konflik berhubung isu itu kerana kita tahu menghormati hak dan sensitiviti agama lain,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Kontroversi kalimah Allah muncul pada sambutan Hari Krismas lalu berikutan perutusan dan kenyataan susulan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, dimanipulasi media kawalan Umno.
“Pakatan akan mengambil pendirian bersama dalam isu ini,” kata Anwar ketika ditanya pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes saman fitnah terhadap Utusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan