SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 27 Disember 2012

Malaysia Tandatangani Deklarasi Pendidikan Percuma – Adam Adli

JOHOR: Aktivis mahasiswa, Adam Adli mendedahkan Malaysia adalah antara negara yang menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia UNESCO yang menjadikan agenda pendidikan percuma pada tahun 60-an.

Beliau berkata, deklarasi itu menyatakan rakyat berhak mendapat pendidikan berkualiti secara percuma.

“Hujah ini dapat menangkis dakwaan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa ia tidak relevan di Malaysia,” katanya di program ‘Merdeka Rakyat’ di Sembrong, Kluang.

Beliau turut mempersoalkan bilangan universiti awam yang kurang dan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang mencecah satu juta hingga terpaksa ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS).“Pelajar yang tidak dapat tempat perlu ke IPTS dan mereka tiada pilihan selain meminjam dengan PTPTN. “Jika dikaji, individu di belakang IPTS adalah kroni Umno BN. Akhirnya, PTPTN ini hanya memberi keuntungan kepada mereka,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan