SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 29 Januari 2013

Najib kata Nasha dipecat lepas pulang dari Gaza


Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.

Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.

"Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri majlis syura, tetapi masa pemecatan beliau itu setelah kembali ke tanahair selepas membuat lawatan Gaza memberikan gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata Najib.

Najib tetap berpendapat demikian walaupun PAS menegaskan sebaliknya.


Setiausaha jawatankuasa berkenaan, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata keputusan berkenaan dibuat lebih awal – ketika mesyuarat tersebut dipengerusikan mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari.

"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," kata Nik Zawawi seperti dipetikHarakahdaily hari ini.

Najib seterusnya mempertahankan Nasharuddin yang disifatkannya sebagai "seorang yang percaya pada kesatuan dan penyatuan ummah".

"Ini pendirian dia tapi nampaknya dia telah (dikenakan) tindakan walaupun mempunyai niat yang baik.

"Sepanjang perjumpaan saya dengannya dia tidak pernah mengutuk mana-mana pihak," kata Najib yang baru kembali ke tanah air semalam selepas menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Sebelum ke Davos, beliau meluangkan masa ke Palestin bertemu perdana menteri Ismail Haniyeh di Gaza dalam kunjungan yang turut dihadiri Nasharudin.

Menjawab soalan wartawan, Najib turut mempertahankan kunjungannya itu yang didakwanya disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

"Ini adalah satu langkah yang mendapat sokongan yang cukup menyeluruh daripada rakyat Malaysia dan inilah yang tidak disenang hati oleh pemimpin pembangkang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan