SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 24 Februari 2013

Sultan Kiram tali barut Amerika izin bunuh rakyat sendiri


Sultan Kiram tali barut Amerika izin bunuh rakyat sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. 
Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada 
pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842)
bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.



Rajah A2
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang 
kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) 
yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas 
ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika 
Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali 
barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan 
Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh 
muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk
wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug 
menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang 
Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip 
cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua 
batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang 
mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman 
menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika
atas restu Sultan KIRAM.


1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang 
mempertahankan diri dan keluarga 
mereka dari serangan Amerika Syarikat 
di Bud Dahu'. Ashabul Kahfi ditidurkan dan
bangkit semula dengan izin Allah setelah 
beberapa ratus tahun,namun Syuhada' 
Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya 
sehinggalah hari KEBANGKITAN.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatanga
tentera KIRAM yang mengaku sebagai 
tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sanga
ramai. Ada keluarga dari sebelah 
Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga 
Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) 
bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda 
Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan 
ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi
Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku 

Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul 
angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib 
pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram 
yang kita lihathari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak
 para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu 
hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGA
NEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki 
(Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo 
(rujuk Rajah A2,lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa
 rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera 
Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! 
KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! 
KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN 
KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN 
MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai 
DEFENDER OF ISLAM.Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan 
Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan
puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada 
tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.



































Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, 
Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009.
 Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... 
baginya jawatan Sultan sangat berat dipikuldalam keadaan Sulu ketika ini. 
Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya 
menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang 
berebut-rebut mengangkat diri sendiri?

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh 

merekabuat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan 
sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain 
senjata, bukan hanya Kiram. Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah 
mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang 
berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan 
generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung 
bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak 
secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya 
ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.-  
ditulis oleh sdr ASREETAUSUG seorang pejuang Tausug.
........................................
Mereka yang menceroboh lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu 
telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai 
oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.

Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah
mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri
yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur 
SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?


Read more: http://www.wasukalu.com/2013/02/sultan-kiram-vs-sultan-bantilan-ii.html#ixzz2LoF8LfyA
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan