PULAU PINANG 2 FEBRUARI: Kembalinya Tun Mahathir Mohamad mengambil alih kempen pilihan raya umum (pru) ke-13 dari tangan Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan kerajaan pimpinan Umno BN itu, tidak stabil.
“Ia tidak sedikit pun menggugat jentera dan kekuatan Pakatan Rakyat, malah dialu-alukan,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Beliau berucap demikian pada majlis Jamuan Makan Malam DAP Pulau Pinang bertemakan ‘Perubahan di tanganmu’ di Penang International Sports Arena (PISA).
Mahathir adalah individu yang merosakkan pelbagai institusi penting dalam negara termasuk badan kehakiman dan memperalat agensi kerajaan demi kepentingan politiknya.
Perdana Menteri paling lama berkuasa iaitu 22 tahun dan dianggap diktator juga bertanggungjawab memecat Anwar dari Umno dan kerajaan yang melawan amalan rasuah dan kronisme.
Anwar berkata, Mahathir juga tidak berkeyakinan meraih kemenangan pada PRU 13 manakala rakyat sedari awal tidak percaya dengan kepimpinan Najib.
Beliau berkata, kelewatan Najib mengumumkan tarikh PRU 13 membuktikan Perdana Menteri itu langsung tidak memiliki keyakinan untuk berbuat demikian.
“Di samping Pulau Pinang dan negeri yang dimenangi sejak 2008, Johor, Sabah dan Sarawak serta beberapa negeri lain boleh dimenangi Pakatan pada PRU 13,” katanya.
Anwar berkata, Pulau Pinang sukar untuk dikuasai BN berikutan pelbagai pembelaan terhadap rakyat negeri itu dilakukan sejak Pakatan menerajui kepimpinan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan