SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 3 Mei 2013

KEADILAN Yakin Tembusi 3 Parlimen Melaka


MELAKA 2 MEI: KEADILAN Melaka yakin menembusi Parlimen Tangga Batu, Bukit Katil dan Jasin selain beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
melaka-kejutan-besar
“Ini berdasarkan sambutan hangat rakyat Melaka. Ribuan yang hadir dalam setiap program kita.
“Sekurang-kurangnya lima ceramah dianjurkan KEADILAN Melaka dengan sasaran khusus kepada isu kaum wanita dan anak muda,” kata Pengerusi KEADILAN Negeri, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Dulu tak pernah ada gangguan BN. Oleh kerana program kita begitu kerap dengan kombinasi bersama PAS dan DAP di Melaka, mereka rasa tergugat,” kata Shamsul.
Tambahnya, barisan calon KEADILAN Melaka untuk PRU 13 adalah yang paling mantap dalam sejarah.
“Kita ada kombinasi orang lama berpengalaman, bekas pegawai tentera, anak muda, dan profesional dari pelbagai kaum,” kata Sahmsul.
Antaranya, Rahim Ali (Parlimen Tangga Batu) bekas pensyarah di sebuah kolej di Brunei, Ir Rahmat Yusof (Parlimen Jasin) jurutera awam dan bekas Timbalan Pengarah HEP UiTM Melaka, manakala Prof Madya Dr Rusnah Aluai di DUN Rembia.
“Orang Melaka sedar isu negeri terutamanya hutang kerajaan negeri berjumlah RM800 juta. Selain itu, pembazian projek infrastruktur seperti pembinaan Go-Kart di Ayer Keroh selain kelemahan pentadbiran Datuk Seri Ali Rustam.
“Kalau dulu orang mahu ke Melaka kerana produk pelancongannya, tapi sekarang tidak lagi kerana terlalu banyak projek gajah putih dan terbengkalai.
“Pilihan raya umum ke-13 kita yakin akan berlaku perubahan mengejutkan di negeri ini,” kata Shamsul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan