SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 6 Mei 2013

Pakatan Tolak Keputusan Pilihanraya !


Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.


Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu. Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). ~ Malaysiakini


Warna warni PRU13 tidak akan dilupakan.

Bangla-bangla di import.

Keajaiban blackout ketika pengiraan undi di banyak tempat.

Peti undi hilang.

Dakwat kekal yang tidak kekal.

Mengundi dua kali.

IC percuma.
TV3 dan Utusan yang brutal. 

Tahniah Barisan Nasional.
Jika kemenangan ini telus, saya ucapkan Tahniah.
Jika dengan penyelewengan, saya ingatkan dengan satu firman Allah:

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan