SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 20 Julai 2013

PRK Kuala Besut: 16:16 Kudeta Perak Hantui Umno Terengganu



Pilihanraya kecil Kuala Besut bukan pilihanraya Umum. Pilihanraya Umum bermatlamatkan pembentukan Kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Adakah itu menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut tidak penting? Jawapannya tidak

Pilihanraya kecil Kuala Besut sebenarnya amat penting dan genting bagi BN dan Pakatan. Umno ingin mempertahankan kerusi Kuala Besut bagi mengekalkan kuasa di Trengganu. Pas pula ingin menang bagi mendapatkan mandat untuk menjadi Kerajaan baru di Negeri Trengganu. 

Gentingnya pilihanraya kecil ini mendorong Umno untuk melakukan apa sahaja bagi memenangi kerusi tersebut. Perkara pertama Umno lakukan adalah memastikan SPR menyediakan gelanggang dan peraturan permainan sejak dari awal yang boleh memihak kepada Umno. Dalam hal ini Umno tidak ada masalah kerana sejak bila SPR tidak ikut telunjuk Umno. Setiap pernafasan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sentiasa berbau Umno! Penetapan tarikh pilihanraya pada bulan Ramadahan sudah dari awal memihak kepada Umno kerana ia memperlahankan serangan agresif Pakatan ke atas Umno. Menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja ( Rabu ) sudah tentu menyusahkan pengundi di luar untuk balik mengundi kerana ia melibatkan implikasi kewangan. 

Pengundi luar perlu memikirkan jika mereka balik di hari mengundi mereka juga akan terpaksa belanja lebih kerana akan balik sekali lagi untuk bercuti di aidil fitri. Birokrasi mendapatkan cuti bekerja satu lagi hal yang perlu mereka fikirkan. Ini semua faktor yang menyumbang kemerosotan pengundi luar balik mengundi pada hari mengundi nanti. Amat malang Umno melalui SPR sanggup menafikan hak asasi pengundi yang dijamin oleh Perlembagaan semata mata untuk memenangi pilihanraya. 

Walau apa pun yang Umno lakukan saya percaya Umno masih gusar dan bimbang. Bimbang di atas tindakan dan perbuataannya sendiri di masa lampau. Apakah tindakan lampau itu? Jawapannya adalah kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak bagi menjatuhkan Kerajaan Pakatan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat. Kini Umno teruk dihantui episod kudeta itu. 

Orang Hindu percaya kepada hukum karma. Hukum karma menyatakan segala perbuatan jahat yang seseorang lakukan akan mendatangai semula orang yang melakukan perbuatan jahat itu. Umno kini takut perbuatan khianat mereka di Perak dulu kini mendatangi mereka di Negeri Trengganu. 

Ketakutan Umno itu dapat dilihat dari kenyataan beberapa pemimpin Umno antaranya apabila mereka menyatakan sekiranya pun Pas menang di Kuala Besut dan kedudukan Umno dan Pas sama 16 kerusi , Umno akan terus memerintah kerana speaker DUN dikuasai oleh mereka.Saya tergelak besar apabila Umno bercakapa tentang Speaker DUN. 
Mungkin Umno tidak perlu risau jika speaker DUN itu adalah seorang ADUN. Jika speaker adalah ADUN, kemenangan Pas di Kuala Besut tidak akan menjejaskan Umno . Jika speaker DUN adalah seorang ADUN , Umno boleh lantik speaker baru dan menjadikan speaker lama itu sebagai Ahli Dewan. Maka Umno masih ada suara majoriti di DUN.

Namun dalam keadaaan speaker DUN bukan seorang ADUN maka kedudukan 16 -16 meletakkan Umno dan Md Said dalam keadaaan telur di hujung tanduk. Kesilapan Umno yang paling besar adalah mereka masih menyangka bagi menjatuhkan Md Said sebagai Menteri Besar ia perlu dilakukan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Ya, itulah kedudukan undang-undangnya sebelum Umno merampas Perak daripada Pakatan. 

Namun selepas rampasan kuasa di Perak, Umno telah ubah kedudukan undang-undang itu. Umno telah minta Mahkamah Persekutuan mengubah kedudukan undang undang itu bagi memenuhi selera hawa nafsu serakahnya. Sebab itulah Mahkamah Persekutuan, atas desakan Umno, memutuskan tidak perlu mana mana undi tidak percaya ke atas MB dilakukan di dewan. Sebaliknya ia boleh dibuat oleh Sultan di mana mana bergantung di mana Adun-adun berjumpa Sultan. Sultan, berdasarkan kes Perak, mempunyai kuasa mutlak menentukan siapakah yang baginda inginkan menjadi MB. Tidak perlu pergi ke DUN untuk jatuhkan MB dan melantik MB yang baru. 

Mana mana Adun di Trengganu yang Sultan fikirkan mendapat keyakinan majoriti ( confidence of the majority ) baginda berkuasa melantik Adun itu menjadi MB baru di Trengganu jika sekalipun kedudukan Pas dan Umno adalah 16-16. 

Frasa dalam Undang Undang Tubuh Trengganu adalah MB perlu mendapat keyakinan majoriti bukan undi majoriti. Tafsiran keyakinan majoriti adalah budibicara mutlak Sultan sepertimana Mahkamah Persekutuan putuskan di dalam kes Perak. 


Dalam bahasa mudah, jika sekalipun kedudukan Pas dan Umno adalah 16-16, Sultan masih boleh melantik mana mana Adun Pas sebagai MB baru jika Sultan berpuashati Adun itu mendapat keyakinan majoriti.Jika itu berlaku Umno jangan salahkan sesiapa.Salahkan diri kamu sendiri !

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan