SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 7 Ogos 2013

Anwar buat laporan polis terhadap calon BN ( Kerana fitnah berterusan )

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap bekas calon Umno BN Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail kerana menuduhnya merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.
Turut membuat laporan, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa Mazlan menerima rasuah sebanyak RM50 juta daripada Anwar sebagai bayaran guaman.
Anwar ketika menyifatkan dakwaan dalam surat layang itu fitnah berterusan Umno tanpa menghormati bulan Ramadhan.
“Kita sangat dukacita kerana pada hari-hari akhir Ramadan, budaya fitnah Umno BN keterlaluan dengan menggunakan bukan sahaja tokoh-tokoh Umno biasa tetapi juga media Umno untuk menyerang dan memfitnah saya.
“Sekarang Umno BN memfitnah lagi apabila melibatkan saya dan juga Karpal Singh dengan no akaun bank dan sebagainya,” ujarnya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya hari ini
Tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, Karpal tidak pernah menimbulkan soal pembayaran khidmat guamannya seperti didakwa.

“Saya dan keluarga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Karpal kerana sepanjang membela saya selama lebih puluhan tahun tidak pernah timbul
isu pembayaran.
“Tetapi fitnah terbaru Umno BN ini menghina bukan sahaja maruah dia, tetapi lebih-lebih lagi melibatkan pendakwaan dan hakim-hakim yang dibeli dengan jumlah wang tertentu,” katanya.
Anwar berkata, isu itu dibangkitkan bagi mengelakkan isu lain, antaranya unjuran ekonomi yang lesu, kadar jenayah dan rasuah.
Mazlan sebelum ini dilapor menerima surat bertajuk “Bankleaks Anwar/Karpal” dan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar melalui pos atau diletak dalam peti surat rumahnya.
Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya. Sementara itu, Karpal mencabar Mazlan menunjukkan bukti akaun bank, nombor cek dan identiti orang yang membuat surat tersebut.
“Saya juga mencabar TV3, Utusan Malaysia dan NST untuk melakukan perkara yang sama,” katanya yang sedang mengumpul bukti dan akan mengambil tindakan dalam tempoh seminggu.
Katanya, pejabat peguam negara tidak boleh berdiam diri dan perlu mempertahankan sistem kehakiman ekoran dakwaan tersebut dan harus memberi maklum balas.
Asal berita :Baca  Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan