SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 7 Ogos 2013

Najib sembunyi masalah kewangan bawah karpet – Anwar


anwar-pc-close-01

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ibarat cuba menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah permaidani berhubung nisbah hutang terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia ekoran langkah terbaru agensi penarafan, Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada ‘stabil’ kepada “negatif” baru-baru ini.
Menurut Anwar, fakta menunjukkan hutang yang dijamin kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Najib melonjak hampir RM150 bilion pada 2012 daripada RM96.9 bilion pada 2010.
Menurut Anwar, keadaan itu disebabkan pentadbiran Najib tidak mengamalkan kewangan berhemah, telus dan bertanggungjawab, sedangkan pengkritik dianggap pengkhianat.
“Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa ketelusan serta kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran,” kata Anwar.
Katanya, Najib umpama pepatah ‘burung unta menyembunyikan kepala dalam pasir’ dengan berpura-pura bahawa salah urus pentadbirannya tidak mempunyai kesan ke atas prospek ekonomi. Malah, kata Anwar, perakaunan kreatif juga tidak boleh mengubah kedudukan kewangan negara ketika ini.
Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 peratus pada tahun sebelum dan 39.8 peratus pada akhir tahun 2008.
Kenaikan 19 peratus dalam perbelanjaan gaji penjawat awam kerana pilihan raya umum telah juga menyumbang melebarkan defisit bajet, kata Fitch Ratings.
Ia juga mengetengahkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka. Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar dan menjejaskan lebihan akuan semasa.
“Dalam hal ini, kami menyeru Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya ‘nisbah hutang-KDNK stabil’ sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet,” kata Anwar menuntut tindakan pemulihan segera diambi.
Asal berita , baca :Disini :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan