dikemaskini 1.45pm. Menurut keputusan rasmi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengekalkan jawatan naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016.
Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di ibu pejabat Umno di PWTC pada jam 1.40 pagi ini.
Keputusan rasmi pemilihan naib presiden Umno:
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 185
2. Datuk Seri Shafie Apdal -174
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 100
4. Datuk Mukhriz Mahathir - 91
5. Tan Sri Isa Samad - 7
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

Sepanjang sesi pengiraan undi, Hishammuddin dan Mukhriz bersaing sengit dengan perbezaan undi yang kecil dan keputusan undian antara mereka seri di beberapa bahagian.

Bagaimanapun, Tajol Rosli berkata, tiada kiraan semula dilakukan memandangkan perbezaan jumlah keseluruhan undi bagi dua calon itu jauh berbeza."Hishammuddin memperoleh 100 undi manakala Mukhriz mendapat 91 undi. Perbezaannya adalah sembilan undi maka tidak ada undi semula atau cabut undi akan diadakan."Jika perbezaan adalah tiga barulah kita akan adakan undian semula," kata Tajol Rosli.

Sementara itu, Bernama melaporkan Tajol Rosli menjelaskan bahawa Hishammuddin dan Mukhriz mendapat undi seri di tiga bahagian iaitu Keningau, Semporna dan Baling.
    
Tajol Rosli juga mengumumkan Datuk Mohamad Aziz mengekalkan kerusi timbalan pengerusi tetap Umno setelah menewaskan dua pencabarnya Datuk Abd Rahman Palil dan Ahmad Fariz Abdullah.
    
Mohamad menerima 158 undi, Abd Rahman 25 undi dan Fariz tidak memperoleh sebarang undi. 
    .
Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata keputusan penuh pemilihan Umno itu akan diumumkan pada pukul 5 petang Ahad.

Zahid - antaranya Bukit Bendera, Cheras, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Batu Gajah, Pagoh, Kota Kinabalu, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Bukit Katil, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Tanjong, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Jelutong, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa.

umno mt supreme council result screen pwtc 191013
Shafie - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Bentong, Batu Gajah, Pagoh, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Jempol, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Rasah, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Seremban, Jasin, Indera Mahkota, Sembrong, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Gombak, Bukit Gelugor, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, Selayang, Tuaran, Rembau, Ketereh, Klang, Sungai Besar, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Setiawangsa, Kimanis, Beaufort, Segambut, Kota Raja, Gua Musang, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Pasir Mas, Lipis, Tanah Merah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang, Pengkalan Chepa.


Hishammuddin - antaranya Bukit Bendera, Bentong, Cheras, Tapah, Pagoh, Kota Kinabalu, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Temerloh, Raub, Jempol, Bera, Putrajaya, Pekan, Jerantut, Pengerang, Maran, Tenggara, Rompin, Pontian, Simpang Renggam, Gerik, Besut, Machang, Cameron Highlands, Penampang, Indera Mahkota, Sembrong, Bukit Gelugor, Tanjong, Tuaran, Jelutong, Klang, Tumpat, Ledang, Ipoh Timor, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Beaufort, Segambut, Pasir Mas, Masjid Tanah, Lipis, Tanah Merah, Pengkalan Chepa.

Mukhriz - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Ampang, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Jelebu, Bayan Baru, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Sabak Bernam, Bukit Katil, Jasin, Penampang, Balik Pulau, Ampang, Hulu Selangor, Merbok, Langkawi, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Jerlun, Tanjong, Bandar Tun Razak, Selayang, Jelutong, Rembau, Ketereh, Sungai Besar, Setiawangsa, Kimanis, Pensiangan, Tebrau, Johor Baharu, Kota Raja, Arau, Kangar, Padang Terap, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim - Bandar Baharu, Jerai, Wangsa Maju, Masjid Tanah, Kota Bharu, Hulu Terengganu, Sepang.


Mohd Ali - antaranya Bukit Bendera, Batu Gajah, Kota Kinabalu, Bukit Katil, Wangsa Maju.


Isa - antaranya Tampin, Jempol, Tampin, Rasah, Seremban, Gua Musang.

Sementara itu, Bernama melaporkan mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian serta Majlis Tertinggi parti bermula serentak di 191 bahagian 8 pagi ini.

umno mt supreme council result screen pwtc 191013Mesyuarat itu akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu.

Ketika proses pengundian, setiap perwakilan akan diberi dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.

Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara.

Selepas selesai proses pengundian, perwakilan akan menyambung semula mesyuarat mereka sementara proses pengiraan undi dijalankan.

Bagi memenuhi carta Majlis Tertinggi, sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).
umno mt supreme council result screen pwtc 191013

Tumpuan hari ini pastinya kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang -- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal -- yang akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Jawatan presiden dan timbalan presiden sebelum ini diisytihar menang tanpa bertanding apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing tidak dicabar pada pemilihan kali ini.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin juga telah diumum menang tanpa bertanding.