SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 5 November 2013

Adun Kadamaian Menghiyanati Rakyat



Tindakan Jeremy Malazad, Adun Kadamaian, mengisytiharkan beliau telah melepaskan semua jawatan serta keluar dari KEADILAN hari ini tidak lain dan tidak bukan merupakan 
Satu pengkhianatan besar kepada rakyat Sabah dan Malaysia. KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika ini.
Pada masa yang sama, KEADILAN akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Jelani Hamdan, Adun Matunggong, yang dipercayai turut merancang untuk mengkhianati amanah yang diberi rakyat Sabah.
Kenyataan bahawa mereka berdua telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti hanyalah satu helah dan alasan biasa bagi mengiakan langkah-langkah pengkhianatan mereka ini.
Tindakan Adun lompat parti sebegini adalah modus operandi biasa Barisan Nasional di Sabah untuk cuba melemahkan semangat perjuangan rakyat yang menginginkan perubahan.
Oleh itu, KEADILAN menggesa rakyat Sabah untuk bersatu dan tidak biarkan taktik Barisan Nasional ini memecah-belahkan semangat perjuangan dan reformasi, demi Sabah yang lebih baik.
Bagi pihak Setiausaha Agung KEADILAN,
Tian Chua
Naib Presiden KEADILAN

U/P :Pesis itu memang tak boleh di pegang pada janji , siapa lebih kasi kesitu dia pergi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan