SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 28 Mac 2014

‘Jom Kerja’ aktiviti menarik jelajah GeMS April ini


KUALA LUMPUR: Program Jom Kerja adalah antara aktiviti yang terdapat dalam Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang akan diadakan di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat, pada 5 hingga 6 April ini.

Program anjuran Exco Pendidikan Negeri Selangor itu diadakan bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat khususnya generasi anak muda dan pembangunan modal insan secara holistik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali ketika mengajak kehadiran orang ramai berkata, program itu membabitkan semua jabatan dan agensi kerajaan peringkat negeri dan persekutuan.

“Antara program yang diadakan termasuk program Jom Kerja membabitkan ‘walk in interview’ untuk pengambilan pekerja dan bengkel menangani gejala peringkat daerah bagi mengenal pasti punca dan langkah pencegahan gejala sosial di daerah.

“Bengkel menangani gejala sosial ini membabitkan jabatan atau agensi kerajaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penggerak Belia Tempatan, AJK Masjid dan Surau,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus selesai Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di Shah Alam semalam.

Program menarik lain yang turut diadakan adalah Kuala Langat Berselawat oleh Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan penduduk sekitar Kuala Langat, selain Forum Santai, Ceramah Santai Keibubapaan serta Forum Jejak Ilmuan.

Turut diadakan dalam program dua hari itu adalah aktiviti pameran dari jabatan dan agensi kerajaan, pertandingan bola sepak pantai, pertandingan memanah, pertandingan paintball dan menunggang kuda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan