SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 27 April 2014

Gesaan Loke minta PAS 'tinggal Pakatan' disokong


Dua ahli Parlimen DAP mempertahankan gesaan Setiausaha Organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat jika ia enggan mematuhi konsensus pakatan dan mahu meneruskan hasratnya untuk melaksanakan hudud.
 
MP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata walaupun beliau berharap Pakatan Rakyat kekal seperti sekarang, tetapi beliau "memahami dari mana Loke datang".
 
"Di seluruh dunia, gabungan tidak kekal. Di Jerman di peringkat pusat ada SPD (Parti Sosial Demokratik Jerman) dan CDU (Kesatuan Demokratik Kristian) membentuk sebuah gabungan.
 
"Tetapi di peringkat negeri, tidak ada gabungan seumpama itu, ia benar-benar berbeza, gabungan boleh dibentuk dengan pihak-pihak lain seperti Green Party.
 
"Saya rasa kita tidak perlu hanya menumpukan perhatian kepada model BN di mana ia adalah pada dasarnya situasi kekal," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
 
MP DAP Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz  turut menyokong gesaan Loke sekiranya PAS masih tetap mahu melaksanakan hudud di Kelantan melalui rang undang-undang ahli persendirian di sidang Parlimen yang akan datang .
 
PAS memohon supaya dibuang halangan di peringkat persekutuan untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan yang sudah wujud dalam bentuk enakmen di peringkat negeri .
 
Ariff Sabri, dalam blog hari ini menegaskan kewajipannya sebagai seorang Muslim untuk menyokong undang-undang hudud, sambilmenjelaskan mengapa beliau membantah rancangan PAS itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan