SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 21 April 2014

Sabitan bersalah Karpal bawah kes Akta Hasutan wajar digugur

KUALA LUMPUR 21APR: Sabitan kesalahan di bawah Akta Hasutan yang dikenakan keatas mendiang Karpal Singh wajar digugurkan, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Beliau (Karpal) yang telah meninggal sementara ini masih di atas nama beliau ada sabitan.
“Oleh sebab itu kita mahu tuntut, supaya kerajaan BN dengan segera mengambil tindakan untuk memadamkan sabitan kesalahan terhadap saudara Karpal,” kata Surendran.
Surendran yang juga seorang peguam menyatakan Karpal yang merupakan seorang lumpuh itu hampir dipenjarakan melalui kekejaman Umno-BN patut mendapat keadilan sewajarnya sejak daripada beliau masih hidup lagi.
“Tidak guna sekarang tiba-tiba nak puji encik Karpal. Sebelum beliau meninggal, kamu (BN) nak penjarakan dia dan ada rayuan untuk penjarakan Karpal?
“Rayuan siapa? Barisan Nasional,” kata Surendran dalam ceramah reformasi 2.0 di Pantai Dalam, semalam.
“Hari ini selepas Karpal meninggal. mereka (kerajaan Umno-BN) melihat emosi rakyat begitu kuat, takut tiba-tiba, mula memuji Karpal.
“Ada yang benar-benar memuji, kita tidak nafi. Tetapi kalau benar-benar begitu, padamkan sabitan terhadap Karpal, ” Kata Surendran.
Pada 11 Mac, Karpal didenda RM 4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didakwa dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan kerana mempersoal penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada Februari 2009.
Karpal menyatakan beliau mendapat notis rayuan balas dari pihak pendakwaraya awal April lalu yang antara lain akan menambah hukuman maksima RM 5,000 atau beliau dipenjarakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan