SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 21 April 2014

Surendran: Walau berjuta laporan, pendirian saya tetap

fitnah2
KUALA LUMPUR 21 APR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata laporan polis yang dibuat NGO Pro-Umno tidak mengubah pendiriannya mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman negara terhadap kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walau berjuta-juta laporan polis dibuat, saya tetap dengan pendirian saya dan kita ada hak untuk kritik mahkamah dan saya akan secara lantang kritik seperti yang saya lakukan ini.
“Mereka jahil dan tidak faham bahawa kita ada hak untuk mengkritik kehakiman,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.
Beliau berkata demikian merujuk tindakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) yang membuat laporan polis terhadap Surendran.
Laporan polis dibuat hari terhadap Surednran kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara.
19 April lalu, Surendran dalam kenyataan berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Anwar ‘bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal).
Surendran berkata, kesimpulan yang diputus tiga hakim bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua ‘common sense’.
Justeru, beliau menggesa pihak Polis tidak membuang masa dengan menyiasat kes yang remeh-temeh yang sebenarnya tidak perlu disiasat.
“Ini angkara Umno untuk menakut-nakutkan. Standard dia (Umno) ambil kumpulan NGO kecil seperti ini, suruh buat laporan polis yang tak masuk akal.
“Buat laporan polis berpuluh-puluh. Polis terpaksa siasat sebab laporan dah banyak dibuat, jadi terpaksa jalankan tugas mereka.
“Saya nak bagi amaran, Polis perlu profesional dalam menilai kes. Jangan siasat kes yang remeh seperti ini,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan