SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 26 Februari 2014

Agihan air: Syabas diminta jangan berdolak dalik


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berpendapat tempoh lama ambil oleh Syabas untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi Pelan Pengagihan Air Berjadual akibat penutupan Loji Batu 11 dan Loji Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan ramai.
 
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan semalam menyatakan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk pastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini. 

“Penurunan paras air empangan kerana perubahan monsun yang menyebabkan cuaca panas berlanjutan dan keadaan ini turut dialami di negeri-negeri lain,” jelas kenyataan itu, sebagaimana di bawah.

Perbincangan mengenai persediaan terhadap cadangan pelaksanaan penjadualan pengagihan air telah dibincangkan bersama wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor sejak 18 Februari 2014.
 
Dalam mesyuarat itu, jawatankuasa telah dimaklumkan keadaan paras empangan di Selangor khususnya Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Klang Gates yang menghampiri paras kritikal.
 
Pihak Syabas telah diminta menyediakan pelan penjadualan pengagihan bagi kawasan liputan Loji Sungai Selangor 1,2,3, Loji Rasa dan Rantau Panjang sekiranya pengurangan pelepasan air dilaksanakan daripada Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH).
 
Jawatankuasa berkenaan meminta supaya Syabas membentangkan pelan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 20 Februari 2014.
 
Namun, Syabas hanya membentangkan Kertas cadangan Untuk Catuan Bekalan Air dan Pelan Penjadualan Bekalan Air akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat yang mengakibatkan penutupan Loji Batu 11, Cheras dan Bukit Tampoi tetapi gagal menyediakan pelan penjadualan pengagihan air sekiranya pengurangan pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor dilaksanakan.
 
Kerajaan Selangor sekali lagi mengarahkan Syabas menyediakan pelan penjadualan pengagihan air untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air pada 21 Februari.
 
Bagaimanapun Syabas masih gagal menyediakan pelan tersebut dan Kerajaan Negeri mengarahkan syarikat konsesi itu menyediakan pelan pengagihan pada 24 Februari, namun sekali lagi Syabas gagal sebaliknya wakil Syabas meminta pelan pengagihan disediakan oleh Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air kerana dikatakan lebih berpengalaman.
 
Kerajaan Selangor berpendapat tempoh lama ambil oleh Syabas untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi Pelan Pengagihan Air Berjadual akibat penutupan Loji Batu 11 dan Loji Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan ramai.
 
Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk pastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini. Penurunan paras air empangan kerana perubahan monsun yang menyebabkan cuaca panas berlanjutan dan keadaan ini turut dialami di negeri-negeri lain.
 
Sehubungan itu, kita meminta Syabas menyediakan pelan penjadualan pengagihan dengan segera tanpa memberikan pelbagai alasan kerana tugas mengagihkan air bersih kepada pengguna adalah tanggungjawab Syabas sebagai syarikat konsesi.
 
Kerajaan negeri tegaskan bahawa keaadan pada ketika ini berbeza dengan apa yang berlaku pada 15 Julai 2012 apabila Syabas mengumumkan catuan air di Lembah Klang tanpa mendapat persetujuan kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
 
Bagi situasi pada hari ini, persetujuan untuk Syabas melaksanakan pengaktifan pelan penjadualan pengagihan air sekiranya pelepasan air mentah daripada empangan dilaksanakan telah pun diberikan oleh kerajaan negeri namun Syabas gagal menyediakannya biarpun telah diminta beberapa kali.

PR Johor Tawar Diri Jadi Tuan Rumah Konvensyen Pakatan Rakyat 2015

Isnin 24 Februari 2014 merupakan tarikh bersejarah bagi Pakatan Rakyat Johor dengan kehadiran ketiga tiga pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ke Kulai. Sesungguhnya kehadiran YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Tuan Lim Kit Siang bertemu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor dan bertemu rakyat pada sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Johor memberikan sinar baru kepada perjuangan rakyat.
Dalam pertemuan tertutup yang diadakan hari ini para pimpinan tertinggi sebulat suara bersetuju bahawa perubahan politik di Johor mampu menjadi penentu kepada landskap politik tanah air.
Untuk itu, Pakatan Rakyat Johor akan menyusun strategi bersama sebagai suatu entiti dalam memastikan keyakinan yang telah diberikan oleh rakyat selama ini dapat dimaksimakan kepada perubahan di peringkat nasional.
Sebagai simbolik kesediaan kami, Johor dengan ini menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat Kebangsaan pada 2015. Kami percaya Konvesyen tersebut bakal menyemarakkan lagi semangat para aktivis dan rakyat untuk merealisasikan impian bersama.
Para pimpinan hari ini telah memberikan arahan dan penekanan mengenai keperluan aktivis negeri di pelbagai peringkat bersatu hati dalam menjalankan aktiviti dan perkhidmatan kepada rakyat. Pakatan Rakyat sangat terharu dengan kepercayaan dan dokongan yang telah diberikan oleh rakyat Johor dan berjanji untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Sambutan yang telah diberikan rakyat dalam segala aktiviti kami memberikan keyakinan baru kepada kami bahawa Johor kini tidak boleh lagi dianggap deposit tetap kepada Barisan Nasional dan Umno. Kami yakin Johor mampu menjadi pemangkin kepada Malaysia yang lebih baik.
Sidang Media Pakatan Rakyat Johor
24 Februari 2014

Pesuruhjaya PAS Johor YB Aminulhuda Hassan 
Pengerusi DAP Johor YB Liew Chin Tong
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Steven Choong

Sejauh Mana Dibenar Melihat Aurat Dalam Perubatan

TUGAS seorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua).
Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat. Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, sela masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain.
Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan.
Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini.
Ilmu Allah ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.

menjaga batas syariat

Tidak sihat seseorang itu boleh membawa kepada hidup tidak berkualiti. Kerja terganggu. Ibadah pun terbatas. Malah penyakit yang dialami boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik oleh perawat yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang penyakit tersebut.
Namun disana timbul satu isu apabila kita sebagai seorang muslim, perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama seperti menjaga aurat sepanjang waktu. Aurat lelaki antara pusat dan lutut bagi masyarakat umum. Manakala aurat wanita adalah muka dan tapak tangan boleh didedahkan.
Batasan aurat ini boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Apa yang dimaksudkan darurat di sini sebagai contohnya jika wanita yang sudah sampai waktu bersalin, wajib hadir disisinya seorang pembantu yang mahir dalam selok belok kelahiran dan membantu proses berkaitan dengan kelahiran agar terjamin nyawa ibu dan anak.
Penjagaan batas aurat ini tidaklah termasuk dalam lima perkara penting tujuan diturunkan syariat (maqasid syar'iyyah); iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta.
Penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa merawat ini tidak terpakai secara langsung. Cuma hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (sama ada lelaki atau wanita) boleh mengakibatkan nyawa siibu atau sianak yang akan dilahirkan terancam.

batasan hukum penjagaan aurat

Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.
Keringanan ini juga disebut sebagai 'takhfif' selain rukhsah. Ia adalah bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hamba-Nya yang berada pada keadaan tertentu. Ibnu Nujaim menyebutkan bahwa rukhsah terdiri dari beberapa jenis:
Pertama: Menggugurkan (takhfif isqath), seperti pengguguran kewajiban solat Jumaat kepada orang yang sakit kronik.
Kedua: Mengurangkan (takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir; dibolehkan solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.
Ketiga: Menggantikan (takhfif ibdal). Misalnya mengganti wuduk air dengan tayamum menggunakan debu diakibatkan tidak adanya air yang digunakan untuk berwuduk.
Keempat: Mendahulukan (takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.
Kelima: Mengakhirkan (takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat Isyak dan lain-lain.
Keenam: Meringankan (takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.
Ketujuh: Mengubah (takhfif taghyir). Misalnya perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan ketika terjadi peperangan. [Lihat Imam Musbikin, Qawa’id al-Fiqhiyah, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2001]
Dalam konteks yang dibincangkan ini, kehadiran perawat untuk merawat pesakit diringankan hukum melihat auratnya kerana kemahiran yang ada bagi perawat dan kemaslahatan yang timbul atas pesakit.
Jika digabungkan jenis rukhsah, takhfif tarkhish akan diguna pakai. Dengan sendiri isu perawat lelaki tidak timbul. Kehadiran perawat yang berkemahiran amat dituntut demi menjaga kemashlahatan nyawa pesakit.
Jika tidak melibatkan nyawa sekalipun seperti dalam pemeriksaan biasa, sentuhan dari perawat amat penting bagi menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan yang berterusan. Lebih-lebih lagi perawat itu adalah lelaki yang lebih berkemahiran. Kerana aurat kemaluan wanita bukan sahaja lelaki ajnabi yang haram melihatnya, wanita pun haram melihatnya tanpa sebab yang khusus seperti berubat.
Namun dari satu sudut yang lain sifat dan naluri seorang manusia tidak boleh lari dari malu mendedahkan anggota sulit mereka kepada sesiapa sahaja. Disinilah perlunya satu etika khusus dalam berubat dan merawat. Iaitu tidak sewenangnya mengambil ruang rukhsah tersebut dalam mangambil kesempatan melihat aurat diluar dari batas yang sepatutnya.
____________________
Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Perubatan Keluarga

Tarif Elektrik Mungkin Terus Naik

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik mungkin akan terus berlaku jika kerajaan menganugerahkan projek jana kuasa arang batu 2,000MW, atau projek 3B kepada Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta kerajaan tidak menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB kerana rakyat yang akan menanggung beban kenaikan tarif elektrik.
 
Menurut Husam, syarikat lain yang bersaing dengan 1MDB ialah YTL Corporation Berhad.
 
Bagaimanapun, 1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.
 
"Kalau 1MDB dipilih kita akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.
 
Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.
 
"Adakah rakyat Malaysia perlu membayar kos elektrik yang lebih mahal semata-mata nak bayar kepada 1MBD sedangkan ada saingan yang lebih murah dengan saingannya YTL," kata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
 
Selain itu, beliau turut mempersoal 1MDB yang membayar harga lebih mahal sebanyak RM2.65 billion untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) Ananda dan Genting.
 
Pada Mac 2012 Syarikat 1MDB membelanjakan sebanyak RM8.5 billion untuk membeli Tanjong Energy Holding.
 
Pada Ogos 2012 1MDB berbelanja sebanyak RM2.35 billion untuk membayar faedah 75 peratus Genting Sanyen Power.
 
"1MDB menghasilkan perolehan sebanyak RM1 billion setahun. Jumlah yang hanya cukup untuk membayar bunga tetapi masih tidak mencukupi untuk membayar hutang secara keseluruhan," katanya.
 
Tambah beliau lagi, mengikut perolehan dari Internal Rate of Return (IRR) yang lazimnya digunakan untuk mengukur keuntungan pelaburan dan rata-rata kadar yang biasa diperlukan adalah antara 10 hingga 12 peratus.
 
IRR bagi Tanjong Energy Holding ialah sebanyak 5.2 peratus manakala IRR bagi Genting Sanyen Power ialah 0.5 peratus.
 
"Mengikut kadar semasa untuk mendapatkan IRR 10 peratus, 1MDB perlu membayar hanya RM8.2 billion iaitu RM2.65 billion lebih tinggi. Megapa ini terjadi?" soalnya.

Memo Rafizi Tak Diterima ??


PUTRAJAYA: Selepas setengah jam 'ditolak sana sini' oleh pegawai di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Adun Batu Lintang See Chee How akan menghantar memorandum berhubung kes rasuah balak bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui pos.

Rafizi yang ditemui di pekarangan Jabatan Perdana Menteri kecewa apabila pegawai Najib enggan berjumpa beliau sedangkan perkara itu telah dimaklumkan dalam satu surat semalam.

"Semalam saya sudah bagi surat tentang penyerahan memorandum hari ini. Notis sudah bagi dan difaks awal.

"Saya berhubung dengan dua pegawai Mohd Nor dan Azian sebaliknya mereka minta saya berhubung dengan Badrin.

"Badrin pula tiba-tiba tanya soalan macam-macam dengan saya seolah-olah hendak menyiasat saya. Saya ditolak tolak, buang masa saya sahaja," katanya kepada media.

Rafizi kesal apabila pejabat Perdana Menteri tidak mahu menerima memorandum apatah lagi beliau hendak berjumpa dengan Najib sendiri.

"Saya tunggu, ditolak tolak. Tidak ada wakil seorang pun yang hendak terima memo ini. Langsung tidak menghormati tetamu yang datang.

"Ini saya sebagai wakil rakyat. Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang datang hendak berjumpa dengan PM sendiri," katanya dengan nada kesal.

Bagaimanapun Rafizi percaya tindakan tidak mahu terima memorandum ini sama ada tidak hormati rakyat atau takut dengan Taib Mahmud.

Memorandum serta bukti terbaru dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud yang hampir 100 muka surat itu turut dikepilkan sekali desakan agar Najib menangguhkan pelantikan Taib sebagai Yang Dipertua Negri Sarawak sehingga dakwaan kes rasuah disiasat semula.

Pagi tadi Rafizi turut menyerahkan bukti terkini kes balak keluarga Taib Mahmud kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Itik Jadi Mangsa Kes Tak Dapat Juga....?????


Unit forensik ibu pejabat polis daerah Brickfields membawa itik dan tiga keping poster Teresa Kok yang dimasukkan ke dalam plastik bagi tujuan siasatan.

Dalam plastik itu mengandungi beras dan jarum yang dicelup cat merah.

Pegawai forensik memulakan siasatan diMalaysiakini kira-kira jam 1:30 petang ini.

Sebelum itu, anggota polis unit siasatan mendapatkan maklumat bahan bukti berhubung insiden di pejabat Malaysiakinipagi tadi.

Malaysiakini difahamkan bahawa itik tersebut dibawa ke makmal forensik untuk mengenalpasti cap jari yang terdapat pada tali rafia yang diikat pada kaki itiknya.

Itik itu bagaimanapun kemudiannya dihantar kembali ke pejabatMalaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain itu, anggota forensik membawa enam plastik cat berwarna merah yang dilemparkan pada dinding bangunan serta papan tandaMalaysiakini untuk siasatan lanjut.

Dalam insiden yang dikesan awal pagi tadi, cat merah turut disimbah pada dinding dan papan tandaMalaysiakini.

Gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dilekatkan pada dinding bangunan pejabat berita portal itu.

Editor Grafik Malaysiakini Azlan Zamhari, staf pertama yang sampai ke pejabat pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.

Laporan polis dibuat di IPD Brickfields kira-kira jam 10:40 pagi tadi.

Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya.

Dashat !! Dua kanak-kanak lelaki mati dikelar


Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dipercayai dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat ibunegara semalam.
    
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tiada di rumah berkenaan.

"Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah.
    
"Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun dijumpai di tingkat atas," katanya.
    
Beliau berkata siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.
    
Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.
    
"Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh," katanya.
    
- Bernama

Kerna Pulut Santan Binasa,Nizar Dengan TV3


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3 berhubung fitnah melibatkan nombor pendaftaran kereta WWW1.


Panel tiga orang hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Arif Mohd Yusof memutuskan Mohammad Nizar berjaya membuktikan wujudnya niat jahat oleh defendan, iaitu TV3.



Hakim Mohd Arif berkata barisan hakim sebulat suara mengenepikan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan mendapati defendan bersalah melakukan fitnah.



Keputusan sebulat suara itu turut dipersetujui oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.



Hakim Mohd Arif kemudian mengarahkan agar nilai ganti rugi ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Isnin, 24 Februari 2014

Ada PRK, Baru Sedar Hospital Uzur

SHAH ALAM: Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hairan bila ada PRK, baru kerajaan sedar hospital di kawasan berkenaan sudah uzur.
Khalid SamadKatanya, cadangan Kerajaan Pusat mahu menggantikan bangunan Hospital Kajang berusia 125 tahun membayangkan sikap Kerajaan BN menganggap projek pembangunan kemudahan rakyat untuk memancing undi.
Katanya lagi, sekiranya Kerajaan BN memikirkan kesejahteraan rakyat, mereka sepatutnya memulakan projek ini sejak dahulu lagi sebelum bermulanya musim PRK DUN Kajang.
“Ini menyebabkan rakyat mempertikaikan keikhlasan Kerajaan Pusat kerana sebelum ini kerajaan bukan tidak tahu tetapi tak nampak perlunya adakan projek sebegitu rupa.
“Ini menunjukkan sikap kurang profesional dengan menganggap projek untuk memancing undi, bukankerana bertanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan,” kata Khalid.
Khalid turut melahirkan rasa kecewa apabila sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal menyiapkan projek pembinaan Hospital Shah Alam yang tertangguh beberapa kali.
“Sedangkan patutnya kalau betul-betul kerajaan buat kerja cara profesional, mereka akan buat dengan mengikut perancangan dan keperluan. Mana yang perlu disiapkan, siapkan dahulu,” kata Khalid lagi.
Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Dr Subramaniam mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar bangunan lama Hospital Kajang berusia 125 tahun diganti dengan bangunan baru yang lebih moden dan selesa.
Selain itu Dr Subramaniam juga berkata Kementerian Kesihatan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.

MCA hanya mahu kuasa & kedudukan – MP Gopeng

KUALA LUMPUR 24 FEB: MCA tidak konsisten dalam membuat keputusan berikutan tindakan parti itu mengubah sebelum ini yang melarang ahlinya dilantik ke jawatan kerajaan.
Dr Lee Boon ChyeAhli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, keputusan terbaru itu cukup memalukan kerana MCA sendiri harus sedar mereka telah gagal dan ditolak masyarakat Cina pada pilihan raya lalu.
“Ini sangat memalukan. Mereka beri alasan keputusan itu dibuat supaya mereka boleh mewakili suara masyarakat Cina.
“Tapi bagaimana mahu mewakili masyarakat Cina apabila mereka telah ditolak sama sekali?
“Saya anggap ini seperti gila kuasa dan kedudukan dalam kerajaan.
“Jika mereka mahu bawa suara masyarakat Cina, ia boleh dibuat di luar kabinet,” kata Lee kepada Keadilandaily.
Menurutnya jika mahu menyuarakan suara masyarakat Cina, pemimpin MCA seharusnya bertegas dengan kerajaan dalam soal rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan.
Kegagalan MCA bertegas dalam hal tersebut kata Lee punca MCA ditolak.
MCA melalui perhimpunan agung parti itu pada 2012 dan EGM yang diadakan pada 20 Oktober 2013 bersetuju resolusi yang menyatakan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya umum ke-13.
MCA melalui pilihan raya lalu menampilkan prestasi terburuknya selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandinginya.

Penjadualan Air Pastikan Bekalan Berterusan - Khalid


SHAH ALAM: Program penjadualan air di seluruh Selangor akan dilaksanakan bermula esok bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri ini yang dibahagikan kepada dua zon.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penjadualan air itu melibatkan tempoh selama dua hari sesuatu zon menerima bekalan air dan dua hari satu zon tiada bekalan air secara bergilir.

Katanya, penjadualan itu lebih menumpukan kepada kawasan  yang menerima kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran yang berlaku baru-baru ini.

 “Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

“Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bunan akan datang,” kata Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kreajaan Negeri, di sini.

Abdul Khalid berkata, penjadualan itu dijangka berakhir Mac depan selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri itu bertambah.

“Cara itu lebih baik dari tiada air. Dengan cara ini, ia dapat mengatasi masalah tekanan rendah.

“Kita akan keluarkan jadual itu mengikut zon. Kita akan memberikan tumpuan kepada kawasan yang terdapat kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat yang melibatkan kira-kira 27,000 rumah terputus bekalan air kerana LojiRawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Dalam masa yang sama, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 75,000 rumah juga terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.

PBS, AES Contoh 'Penangguhan' Yang Menipu Rakyat


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff hari ini menjelaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Pantaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan antara contoh pembohongan BN terhadap rakyat.

Jelas beliau, PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.

Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.

Namun, dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan dimaklumkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.

"Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini?.

"Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini?" soal beliau.

Isu PBS ini katanya hampir sama dengan isu AES yang mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.

Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.

Akhirnya Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah bermula 18 Disember 2012 sehingga hari ini dan menagguhkan perlaksanaan AES sehingga dimaklumkan kelak. 

"Walau bagaimanapun sehingga hari ini AES masih beroperasi, saman-saman AES masih dikeluarkan dan Kerajaan masih meminta penerima saman AES membayar walaupun Peguam Negara masih belum mengumumkan penarikan balik penangguhan prosiding Mahkamah," Kata Zulhazmi.

Apa yang dirisaukan, kata Zulhazmi, tindakan pembekuan tersebut bersifat sementara untuk meredakan kemarahan rakyat.

Malah lebih malang kata beliau kerajaan cuba menipu rakyat dengan penangguhan tetapi pada dasarnya ianya masih berjalan.

Tiada arahan tukar guru yang menentang PBS - Muhyiddin


KAJANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
   
 Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
    
"Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
    
"Saya telah buat keputusan berhubung pendirian KPM untuk tangani masalah PBS iaitu menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan," katanya dalam sidang media di Surau Al-Falah Kampung Bukit Dukung, di sini hari ini. 
    
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada keputusan menukarkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa SGMM akan ditarik balik selepas kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan PBS.

Muhyiddin berkata perkara itu mungkin berlaku melibatkan peringkat pentadbiran daerah dan beliau tidak mengetahui sama ada tindakan itu dibuat atas fakta-fakta lain atau hanya atas sebab guru berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai PBS.
    
"Kita tak nak menganiayai sesiapa, kita bersikap adil dan tidak mahu dilihat zalim .
    
"Guru bukan tidak boleh bersuara...boleh, tapi dengan cara mengikut prosedur bersesuaian berdasarkan pekeliling," katanya.
    
Beliau berkata selepas pelaksanaan PBS ditangguhkan, perkara penting yang perlu dilakukan ialah kementerian akan melakukan yang terbaik bagi mencari satu kaedah yang mampu memberi keadaan lebih baik kepada semua pihak jika dilaksanakan kelak.
    
Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
    
Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan. – Bernama

BR1M Tak Selesai Masalah, Bukti Rakyat Malaysia Susah

KUALA LUMPUR 23 FEB: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos hidup yang terpaksa ditanggung rakyat berpendapatan pertengahan dan rendah.
yahya-sahri
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, bantuan tersebut sekadar mengelabui mata rakyat supaya tidak begitu terasa dengan kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

” Dengan jumlah bantuan yang tidak seberapa itu, ia tidak boleh bertahan lama, sedangkan setiap hari rakyat perlu berhadapan dengan harga barangan yang meningkat,” jelasnya.
Menurutnya, pemberian BR1M yang bersifat one-off itu hanya membuktikan ketidaksungguhan kerajaan dalam membantu rakyat dari terus dibebani tekanan ekonomi.
“BR1M ini cuma tahan seminggu, ia tidak selesaikan apa-apa. Bila habis wang itu, maka rakyat sekali lagi akan berhadapan dengan tekanan, kerajaan tidak serius mahu bantu.
“Malah kita lihat bukan sedikit yang memohon, ini buktikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah gagal tingkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat seperti yang mereka laungkan,” tegas Yahya.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 15 Februari lalu mengumumkan seramai 7.9 juta rakyat Malaysia menerima bantuan BR1M yang dimasukkan menerusi akaun bank dan baucer.
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650. Manakala  individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Bagaimanapun, skim bantuan berkenaan dilihat tidak membantu golongan pertengahan dan berpendapatan sederhana yang turut merasai beban kenaikan harga.

Kes Hasutan: Tarikh Baharu Jatuh Hukum Karpal 11 Mac


KUALA LUMPUR: 11 Mac ditetapkan sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadap peguam Karpal Singh selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
    
Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP mengesahkan tarikh itu kepada Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini. Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman.
    
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata beliau dimaklumkan secara lisan tarikh baharu itu oleh timbalan pendaftar hari ini memandangkan hakim perbicaraan Datuk Azman Abdullah yang bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Baharu, tidak dapat hadir pada tarikh awal itu.
    
Karpal Singh, 73, didapati bersalah pada Jumaat lepas, mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb 2009 bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.
    
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.
    
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal Singh menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.
    
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Jan 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
    
Dalam perkembangan berkaitan, Karpal Singh juga memberitahu Bernama jika sabitannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan (Mahkamah Rayuan dan Persekutuan) beliau tidak boleh mengekalkan jawatan pengerusi DAP.
    
Beliau berkata perlembagaan parti tidak membenarkan individu yang disabitkan dengan sebarang pertuduhan jenayah memegang atau menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan parti.
    
Karpal Singh merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004.
    
Bagaimanapun, Karpal Singh menegaskan beliau boleh meneruskan amalan guamannya kerana kesalahan yang dihadapinya itu tidak termasuk dalam tafsiran 'salah laku profesional' seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 94 Akta Profesion  Undang-Undang 1976. – Bernama

BR1M adalah reaksi dari kejayaan Pakatan- Amir Shari

KUALA LUMPUR 23 FEB: Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan BN adalah maklumbalas kepada siri program merakyatkan ekonomi oleh Pakatan Rakyat khususnya di Selangor, kata Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
amiruddin-saari
“Jelas bahawa BR1M adalah maklum balas atau respon daripada kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, dengan program Merakyatkan Ekonomi seperti pemberian air percuma dan beberapa program lain.

“BN tertekan dengan kejayan Pakatan menguruskan program yang baik buat manfaat untuk rakyat. Jadi mereka mengambil jalan pintas dengan memperkenalkan BR1M,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, rakyat tahu pemberian one off tidak membantu meringankan beban, di saat pelbagai kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.
Pada masa sama, katanya, kerajaan berterusan melakukan pembaziran dan ketirisan dalam urustadbir negara.
“Rakyat faham pemberian bersifat sementara ini takkan membantu meringankan bebanan mereka. Dengan pemberian RM650 dan RM1200 ini tidak membantu kenaikan kos minyak, penarikan balik subsidi dan sebagainya,” ujarnya kepada Suara Keadilan.
Untuk BR1M 3.0 yang mula diagihkan 22 Februari lalu, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion kepada 7.9 juta penerima.
Turut diperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 dan maksimum RM30,000 jikaa berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.
Bantuan seumpama itu tidak pernah diberikan kerajaan sebelum tsunami politik pada Mac 2008, yang menyaksikan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga kerusi di parlimen.
Dalam pada itu kata Amir, rakyat perlu faham bahawa BR1M merupakan wang daripada poket mereka sendiri, iaitu wang yang disalur oleh rakyat melalui penarikan subsidi dan pelbagai cukai.
“Wang BR1M ini adalah wang yang disalur daripada subsidi yang telah ditarik balik seperti gula, petrol dan tarif elektrik. Rakyat  faham bahawa adalah jauh lebih baik subsidi diteruskan berbanding pemberian bersifat sementara seperti BR1M,” katanya.

Budaya Gotong Royong


ADUN KOTA ANGGERIK MENGETUAI PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA BERSAMA PENDUDUK DI PANGSAPURI YANG KERAP MEMENANGI PELBAGAI ANUGERAH DARI KERAJAAN NEGERI.






Shah Alam, 23hb Febuari 2014 – Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok Mawar dan Cempaka Bandar Baru Klang dengan kerjasama DUN Kota Anggerik telah menganjurkan Program Gotong-Royong di kawasan yang acap kali memenangi anugerah dari Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Difahamkan Pangsapuri tersebut telah dicalonkan diantara 5 pangsapuri perintis untuk anugerah khas dari Kerajaan Negeri Selangor. Anugerah itu diwujudkan bagi menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengurusan bangunan agar mengamalkan pengurusan, penyenggaraan dan perkhidmatan terbaik.

Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, YB Dr. Yaakob Sapari yang turut serta dalam aktiviti tersebut berkata, "budaya gotong-royong di kalangan masyarakat perlu diadakan demi kebaikan semua pihak.

Hidup di bandar bukan alasan kita meminggirkan gotong-royong sebaliknya terus berusaha kerana banyak kerja dapat diselesaikan dengan berkerjasama antara satu sama lain.

Program seumpama ini diharap menjadi pemangkin ukhwah diantara  penduduk agar dapat diteruskan pada masa hadapan" katanya lagi.