Rasuah, ada orang sebut tumbuk rusuk,duit tepi,pelincir,duit sogok dan bermacam istilah yang di berikan. Walau apa pun istilah yang digunakan ia tetap sama salah di sisi undang-undang Malaysia.
Rasuah ni sangat mudah berlaku dan sangat susah untuk dikesan kerana ada perjanjian persefahaman antara kedua pehak ia itu yang memberi dan yang menerima.Kerana masing-masing mempunyai kredibeliti yang harus dijaga.
Mengikut undang-undang Malaysia, bukan sahaja di penerima yang boleh dituduh dan di hukum jika sabit kesalahan tetapi si pemberi juga boleh di tuduh dan di hukum sama seperti penerima. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain sebab itu agak sukar untuk di kesan berkalu nya perbuatan rasuah...
Rasuah boleh berlaku atas kehendak si pemberi atau atas kehendak si penerima,rasuah juga boleh berlaku kerana ingin lepas dari tuduhan melakukan kesalahan (kerenah penguat kuasaan undang-undang) hingga lah kepada ( mendapatkan kontrak pembekalan ) dunia perniagaan.
Apa yang dinamakan rasuah itu hanya dari nilai satu ringit hinga nilai berjuta ringit,Mengikut apa yang di hajati dan dengan siapa berurusan. Mengikut besar atau kecil kesalahan (penguat kuasaan) atau sebesar mana sebut harga yang di inginkan.
Ada pihak masyarakat yang berpendapat rasuah berlaku kerana si pemberi maka si pemberi yang di persalahkan tidak kurang juga yang mengatakan sipenerima yang salah kerana dia menerima atau kerana mereka yang meminta dengan sengaja.
Rasuah tidak terhad hanya kepada pemberian wang ringgit atau berbentuk harta benda sahaja. Ia berlaku dengan cara memberi makan-makan,pemberian hampers, lawatan-lawatan sama ada dalam atau luar negara,dan hubungan sex, dengan niat supaya dia dapat apa yang di hajatkan. Untuk itu sebagai balasan mereka sangop berbuat apa sahaja.
Rasuah sering di kaitkan dengan penjawat awam dari serendah-rendah pangkat hingga lah penjawat tertinggi di jabatan awam.Paling parah rasuah ahli politik.
Sering kita dengan rasuah hanya dengan wang ringit jarang sekali pemberian berbentuk sek kerana si pemberi terlalu menjaga aib diri sendiri. Tetapi ia tetap berlaku cuntoh sila baca kisah di bawah ini :-
Seks oral...Dapat kontrak perniagaan
Seorang
penjawat awam kanan republik ini semalam didapati bersalah menerima
rasuah melalui perbuatan seks oral bersama seorang eksekutif wanita
daripada pembekal pertahanan sebagai balasan terhadap kontrak
perniagaan.

“Saya berpuas
hati kerana ada elemen rasuah dan rasa bersalah di pihak tertuduh ekoran
perkaitan dengan seks oral yang diterimanya pada 2 Mei 2010 daripada
Pang Chor Mui, kata hakim Hamidah Ibrahim. “Sejajar dengan itu, saya
dapati pendakwa raya telah membuktikan kesnya terhadap tertuduh
menjangkaui keraguan munasabah dan saya dapati dia bersalah atas
pertuduhan itu,” katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan