Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menyatakan
kejengkelannya ke atas kempen ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai sabitan
kes Liwat II.
Ibrahim berkata, kempen itu seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh didakwa di mahkamah.
Apa yang istimewanya Anwar ini? Pada dia, dia tidak boleh disentuh atau didakwa. Jika sentuh dan dakwa dia, ianya konspirasi dan pendakwaan terpilih.
“Dari dulu dia canang propaganda ini. Orang (lain) semua zalim tapi dia saja yang baik,” kata Ibrahim.
Katanya, masyarakat negara ini tidak harus terpengaruh dengan kempen Anwar yang digerakkan dengan slogan "Rakyat Hakim Negara”.
Beliau turut meminta masyarakat berwaspada dengan tindakan pihak yang “mencabar kehakiman dan pihak keselamatan”.
Katanya tindakan tersebut menunjukkan sikap adalah golongan ekstremis dan ganas, katanya lagi yang menyifatkan perkembangan itu sebagai penghinaan kepada mahkamah.
“Ini soal perundangan dan bukan politik. Anwar dan sekutunya yang ambil bahagian dalam menyampai ucapan boleh disifatkan menghina mahkamah,” katanya.
Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa depan akan memutuskan sekiranya Anwar akan dipenjarakan bagi kes tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan