Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama mengecam tindakan syarikat alat
pembersih rumah Malaysia yang menggunakan perkataan "fire your
Indonesian maid" (pecat pembantu rumah Indonesia) di iklan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ahok itu berkata, iklan itu menghina pembantu rumah Indonesia dan “kurang ajar”.
"Tidak boleh berkata 'pecat' begitu sahaja.
"(Guna perkataan) 'Fire your Indonesian maid' (pecat pembantu rumah kamu) itu sangat kurang ajar!" beliau dilapor sebagai berkata oleh Metrotvnews.
Basuki berkata, beliau menyarankan supaya perkara tersebut diselesaikan oleh pemimpin negara Indonesia dan Malaysia.
Ini kerana, katanya, perkataan di iklan tersebut dikhuatiri dapat merenggangkan hubungan dua negara.
Menteri M'sia dihubungi
Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Indonesia Hanif Dhakir pula dilapor menghantar pesanan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berhubung isu tersebut.
Hanif berkata, beliau menghantar pesanan kepada Richard (bawah) untuk memberitahu bahawa rakyat Indonesia tidak suka dengan iklan tersebut.
Katanya, beliau juga telah meminta Richard supaya mengambil tindakan tegas ke atas syarikat terbabit, lapor Tempo.
Bagaimanapun, ketika diminta untuk meminta maaf berkaitan iklan itu, Hanif berkata, Richard memberitahu bahawa ia tidak boleh terus dilakukan dan perlu diselidiki dahulu.
"Kalau (berdasar) jawapan dari menteri Malaysia, mereka akan membantu kita.
"Kerana pemimpinnya juga tidak tahu (isu itu), mereka akan selidik dulu. Mereka tidak boleh terus meminta maaf," katanya lagi.
NGO: Pekerja bukan barang
Selain pemimpin Indonesia, NGO hak pekerja juga membangkitkan perkara sama dan mahu Presiden Indonesia Joko Widodo menegur Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
"Iklan tersebut memberi tanggapan bahawa tenaga kerja Indonesia kita seperti barang atau lebih rendah lagi (daripada barang)," kata Migrant Care.
Malaysiakini sudah menghubungi syarikat yang mengeluarkan alat pembersih rumah tersebut bagi mendapatkan penjelasan.
Bagaimanapun masih tiada respon berkaitan setakat ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan