SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 7 April 2015

Bayar lebih RM100j sebelum tandatangan kontrak

 

Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan didapati membuat bayaran lebih RM100 juta kepada Telekom Malaysia Bhd (TM) sebelum kedua-duanya menandatangani kontrak rasmi.

Siri pertama dalam laporan Ketua Audit Negara 2014 itu menggariskan bahawa bayaran berkenaan sepatutnya hanya dibuat selepas kontrak ditandatangani.

Lapan bayaran berkenaan dibuat antara Oktober 2012 dan Disember 2013, berjumlah RM103.14 juta.

Kontrak itu hanya ditandatangani pada 26 Ogos 2014.

Semakan oleh jabatan audit mendapati Kementerian Kewangan diberitahu mengenai bayaran itu melalui satu surat bertarikh 22 Julai 2014.

Kementerian Kewangan kemudiannya meminta ketua setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menasihati pegawai terlibat untuk mematuhi garis panduan berhubung perolehan seperti itu.

Kementerian Kewangan dalam satu surat bertarikh 27 Januari kepada audit menjelaskan bahawa surat bertarikh 22 Julai 2014 itu bukan kelulusan untuk bayaran yang dibuat.

Sebaliknya, surat itu hanya bagi mengambil maklum bahawa bayaran dibuat sebelum kontrak ditandatangani.

Audit turut mengambil maklum bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 4 Mac 2015 menyatakan bahawa bayaran itu dibuat bagi khidmat yang dilaksanakan oleh TM.

“Kementerian juga menyatakan bahawa ia akan membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat isu ini dengan lebih lanjut,” laporan itu dipetik.

RTM menggunakan rangkaian dan khidmat penyelenggaraaan TM sejak 1964.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan