SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 18 Mei 2015

Pandikar akui temu Dr M bincang isu politik semasa

 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulai mengakui ada bertemu dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai mentor dan guru politik kepada semua pemimpin di negara ini.
Beliau menanggap perjumpaan itu "bukan sesuatu yang luar biasa" malah perbincangan mereka berkisar mengenai isu politik semasa termasuklah luahan rasa kecewanya kerana perkara remeh diperdebat di Parlimen, lapor Utusan Malaysia Online hari ini.

"Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara.

"Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.

"Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan.

"Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri,” katanya seperti dilaporkan dalam laman web akhbar itu.

Semalam, bekas presiden Umno itu berkata Pandikar telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat dan Dewan itu kini dipengerusikan oleh timbalannya.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Pandikar menafikannya malah akan bertugas seperti biasa sebagai speaker Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan