SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 9 Oktober 2014

Sesuaikan Jenis Senaman Dengan Bentuk Badan

Sesuaikan jenis olahraga dengan bentuk tubuh untuk mencapai hasil optimal. 
Sudah rajin berolahraga tapi tidak mendapatkan hasil yang diinginkan? Mungkin jenis olahraga yang Anda pilih tak sesuai bentuk tubuh Anda. Menurut Dr. Jim Sears dan Dr. William Sears dalam situs Dr. Sears Wellness Institute, jenis olahraga mesti disesuaikan dengan tipe tubuh Anda untuk mendapatkan hasil maksimal. Setiap bentuk tubuh memiliki kelebihan dan kekurangan sehingga satu aktivitas fisik akan menimbulkan reaksi yang berbeda.
Oleh karena itu, kenali tipe tubuh Anda terlebih dulu sebelum memilih olahraga yang tepat. Berikut beberapa bentuk tubuh beserta jenis olahraga yang sesuai: 
1. Bentuk tubuh lurus 
Bentuk tubuh ini seperti garis lurus dan tidak memiliki lekuk yang signifikan karena ukuran dada, pinggang, dan panggul nyaris tak jauh berbeda. Untuk pemilik tubuh ini, pilihlah olahraga yang dapat membentuk massa otot agar tubuh terlihat lebih padat. Latihan untuk mengencangkan otot inti diimbangi latihan beban dan keseimbangan merupakan pilihan tepat, misalnya jalan kaki, jogging, sit up, dan yoga.
2. Bentuk tubuh jam pasir 
Bentuk tubuh yang besar di bagian atas dan bawah namun ramping di bagian pinggang ini dianggap paling ideal. Untuk jenis tubuh ini, sebaiknya Anda fokus pada olahraga kardio yang membantu mengontrol berat badan. Kombinasikan dengan latihan ketahanan fisik untuk menjaga keseimbangan bentuk tubuh. Olahraga yang tepat adalah jalan cepat, jogging, bersepeda, berenang, dan lompat tali.
3. Bentuk tubuh apel 
Bentuk tubuh apel memiliki bagian atas (dada hingga perut) lebih lebar dibandingkan bagian bawah (pinggang hingga kaki). Untuk tipe tubuh ini, lakukan olahraga yang dapat menambah massa otot di bagian bawah, seperti aerobik, jogging, climbing, dan cross trainer. Upayakan melakukan olahraga kardio dengan intensitas tinggi agar otot di area kaki terbentuk.
4. Bentuk tubuh pir 
Tipe tubuh pir ditandai dengan bagian bawah tubuh yang lebih besar dibandingkan bagian atas. Olahraga dengan low impact cocok untuk bentuk tubuh pir karena tidak memberi tekanan tinggi pada tubuh bagian bawah. Selain itu, lakukan latihan ketahanan fisik guna membentuk tubuh bagian atas, misalnya push up, jalan cepat, dan jogging.    Article Futuready.com

Oktoberfest: Syiar mungkar yang mesti dibantah

 
Nasrudin menyerahkan memo menyokong langkah PBT tidak mengeluarkan permit dan membantah penganjuran pesta arak kepada Datuk Bandar MBPJ.
1. Mengambil minuman memabukkan adalah punca kepada kerosakan akal dan jasad. Seterusnya kerosakan akhlak dan moral boleh berlaku apabila akal manusia hilang disebabkan minuman yang memabukkan. Justeru, arak dan minuman memabukkan disebut sebagai "ummu al-khaba'ith" (أم الخبائث) ibu dan induk segala perkara yang keji dan jijik kerana ianya merosakkan kehidupan bermasyarakat.

2. Statistik berikut menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:

A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.

D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.

F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alkohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.

G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.

H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

I. Menurut satu statistik di UK, alcohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

3. Lantaran itu Islam menegaskan arak dan minuman memabukkan adalah najis merupakan sebahagian amalan syaitan yang boleh membawa kepada permusuhan di kalangan manusia. Allah berfirman;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ( 90 ) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ ( 91
Maksudnya; "Wahai orang-orang beriman; arak, judi, patung berhala dan bertenung nasib adalah sebenar-benar najis yang merupakan sebahagian amalan syaitan maka hendaklah kamu semua menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (al-falah). Syaitan itu hanya ingin menjatuhkan di kalangan kamu permusuhan dan kebencian menerusi arak dan judi dan memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada solat. Tidakkah kamu boleh berhenti!!!". (Surah al-Maidah ayat 90-91)

4. Bukan sahaja arak dan minuman memabukkan adalah najis malah umat Islam perlu membenci perlakuan tersebut berlaku dan tidak meredhainya serta mengganggapnya sebagai kemungkaran yang mesti dihalang dan dicegah daripada menjadi sebahagian syiar kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah negara.

5. Meskipun Islam membenarkan bukan Islam mengambil minuman memabukkan, membeli dan menjualnya tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa Islam sebagaimana ijmak Ulamak yang dinukilkan oleh Imam al-Tahawi, namun ia tidak boleh menjadi syiar yang dipromosi secara terbuka menerusi iklan dan pesta besar-besaran. Syarat ini telah ditegaskan oleh para ulamak Islam sejak dahulu.

6. Antara fatwa Darul Ifta Mesir oleh Mufti Mesir Syeikh Abdul Majid Salim bertarikh 12 April 1939/1358H ialah tidak boleh bukan Islam menjual arak secara terbuka kerana menjualnya secara terbuka adalah satu maksiat dan kefasikan yang perlu ditegah. Mereka boleh menjual sesama mereka secara tidak terbuka.

7. Sekiranya menjualnya secara terbuka pun tidak dibolehkan apatah lagi mengadakan pesta arak secara terbuka dengan pelbagai promosi dan iklan terbuka.

8. Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk "hak-hak peribadi bukan dalam masyarakat Islam", bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat. Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori "sadd zara'i'" (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 - Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421)

9. Oleh itu, penganjuran pesta arak seumpama Oktoberfest sehingga menjadi syiar yang dibangga-banggakan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dengan majoriti penduduknya beragama Islam perlu dihalang dan tidak boleh dibenarkan.

10. Menjadi kewajipan kepada Datuk Menteri Besar Selangor sebagai seorang muslim dan pihak berkuasa tempatan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk pesta tersebut diadakan. Serta menjadi kewajipan kepada setiap muslim sama ada rakyat biasa mahupun pemimpin membantah penganjuran pesta mungkar tersebut.

11.Syaitan sentiasa berperanan melakukan "tazyiin" dan "talbis". "Tazyiin" bermaksud menghiasi yang mungkar lalu dilihat sebagai bukan mungkar. "Talbis" pula ialah memakaikan kemungkaran pakaian kebenaran.

12. Antaranya Syaitan berperanan menghiasi kemungkaran minum arak secara terbuka sehingga dilihat boleh dan harus bagi bukan Islam lalu ia dibiarkan tanpa bantahan.

13. Maka janganlah ada di kalangan umat Islam atau pemimpin umat Islam yang dihiasi oleh Syaitan lalu membenarkan pesta arak Oktoberfest dilakukan dengan hujah ianya hak bagi bukan Islam.

14. Ketahuilah hak mereka ialah mengambil minuman memabukkan tetapi bukan hak mereka berpesta dengan minuman memabukkan secara terbuka di sebuah negara majoriti umat Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Oktober 2014/13 Zulhijjah 1435

OCPD: Pemimpin Umno hanya buat cadangan

 

Ketua Polis Sepang, Mohd Yusoff Awang mempertahankan keputusan untuk tidak menyiasat seorang pemimpin bahagian Umno atas dakwaan hasutan berhubung gesaannya supaya dimansuhkan sekolah vernakular.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata kenyataan timbalan
ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohamed Saad itu tidak dibuat di khalayak "umum".

Menurutnya, ia adalah satu "cadangan" semata-mata untuk membincangkan perkara itu di perhimpunan agung Umno yang akan datang.

Oleh itu, katanya, kenyataan itu tidak mengandungi unsur-unsur hasutan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes sivil.

"Ini hanya satu cadangan darinya, bukan satu kenyataan umum," katanya.

Yusoff mengulas kritikan bahawa polis mengamalkan 'double standard' berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan.

Katanya, beliau telah membuat laporan kepada pegawai atasannya dan mereka juga bersetuju bahawa ia tidak mengandungi sebarang kesalahan atau menghasut.

Oleh itu, kata Yusoff, pihaknya tidak akan membuka kertas siasatan.

Bantah 'Najib PM 20 sen' di hadapan parlimen

 
KUALA LUMPUR: Hampir 200 orang hari ini berhimpun di hadapan bagunan parlimen, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan.

Mereka yang terdiri daripada Gabungan Bantah GST (Bantah) dan Protes Harga Minyak (Protes) serta beberapa NGO lain itu mula berarak dari Tugu Negara kira-kira jam 10.15 pagi.

Turut menyertai himpunan itu Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Suhaizan Kaiat, NGO dan aktivis Asal Bukan Umno (Abu), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mereka membawa kain rentang dan plakad antara lain bertulis 'Najib PM 20 sen', 'hentikan penipuan ini' 'GST cukai yang memiskinkan rakyat' serta 'penderitaan rakyat kesenangan kerajaan'.

Sepanjang perarakan itu memera turut melaungkan slogan 'minyak naik rakyat susah' dan 'turun harga minyak, bantah GST'.

Berlaku sedikit tolak menolak ketika peserta himpunan tiba 100 meter dari pintu pagar parlimen, apabila pasukan keselamatan cuba memberhentikan mereka.

Keadaan bagaimanapun terkawal apabila penganjur bersetuju untuk mengambil tempat di atas bahu jalan.

Kehadiran mereka kemudiannya disambut sebahagian besar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diketuai Ketua Whip Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar.

Tujuh wakil mereka kemudian dibenarkan masuk diiringi ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan.

Memorandum itu antara lain menuntut Perdana Menteri membatalkan pengurangan subsidi minyak yang mengakibatkan harga minyak naik lagi 20 sen bermula 3 Oktober lalu serta menghentikan rancangan pelaksanaan GST yang dijadual April tahun hadapan.

Mereka juga menggesa ahli-ahli parlimen membawa usul tergempar berkaitan perkara itu.

Memorandum tersebut kemudian berjaya diserahkan kepada Pegawai Khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Zain Zainal.

Memorandum sama turut diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Setiausaha Kelab Penyong BN, Omar Daud.

Bagi pihak Pakatan, memorandum diterima oleh Mahfuz sendiri.

Bercakap kepada media selepas itu, Mahfuz berkata, seluruh ahli parlimen Pakatan Rakyat berjanji akan membangkitkan tuntutan dalam memorandum tersebut pada persidangan kali ini.

"Bagi pihak MP Pakatan Rakyat, kami menjiwai perjuangan rakyat yang dibawa oleh anda sekalian.

"Saranan dari anda semua akan kami bawa ke perbahasan parlimen sama ada pada sesi perbahasan bajet atau sesi soalan-soalan," katanya.

Himpunan bersurai dengan aman kira-kira sejam kemudian. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Tiada pendakwaan terhadap Ibrahim Ali

Tiada tindakan pendakwaan akan diambil terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung ancamannya untuk membakar Bible bahasa Melayu kerana beliau "hanya mempertahankan kesucian agama Islam".

"Kenyataan yang dibuat oleh beliau tersebut tidak berniat untuk
menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

"Oleh yang demikian, tiada pendakwaan dilakukan," katanya.

Katanya, kata-kata yang diucapkan oleh Ibrahim adalah ditujukkan kepada individu-individu yang telah mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah dan juga tulisan Jawi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang, termasuk pelajar Melayu.

Nancy berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang bertanya mengapa Ibrahim belum didakwa.

Ibrahim dalam sidang akhbar di Pulau Pinang dilaporkan menggesa umat Islam supaya "merampas" dan "membakar" bible tersebut

Syed Ibrahim dipilih Timbalan Pengerusi Bersih 2.0


KUALA LUMPUR: Syed Ibrahim Syed Noh daripada Pertubuhan Ikram Malaysia telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 yang baru mulai esok, 9 Oktober 2014.

Penyandang Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 sebelum ini, Dr Ahmad Farouk Musa, telah meletak jawatan pada bulan Ogos dan satu pemilihan semula telah diadakan.

Pencalonan telah dibuka pada 24 September dan pemilihan telah dijadualkan untuk 29 Oktober.

Namun, oleh sebab tiada percalonan lain untuk jawatan Timbalan Pengerusi, maka Syed Ibrahim dipilih bagi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Dua ahli Jawatankuasa Pemandu baru yang dipilih ialah Cik Fadiah Nadwa Fikri dan Prof Madya Dr Abdul Halim Yusoff.

Dua calon itu juga menang jawatan itu tanpa bertanding.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bersih 2.0 yang terdiri daripada Muhammad Sha’ani Abdullah, Roger Chan dan Stanley Yong. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Isnin, 6 Oktober 2014

Polis berkawal, peserta demo tak muncul


Desas-desus berhubung satu perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak di Dataran Merdeka hari ini tinggal menjadi khabar angin, tanpa kehadiran mana-mana peserta.
Namun, seramai kira-kira 50 orang petugas media tetap hadir untuk membuat liputan, dan akhirnya terpaksa berteduh di Bangunan Sultan Abdul Samad ketika hujan lebat melanda Kuala Lumpur petang ini.

Seramai 50 orang petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis juga setia berkawal di kawasan yang digembar-gembur sebagai lokasi perhimpunan tersebut petang ini.

Terdahulu, puluhan pelancong juga dilihat meluangkan masa melawat kawasan tumpuan tersebut dengan dikawal pihak berkuasa.

Khabar angin mengenai perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung jam 4 petang itu tersebar di media sosial, sehari selepas pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan pada 1 Oktober.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan berkenaan namun polis semalam berkata perkara itu akan disiasat.

Kerajaan mengumum kenaikan 20 sen untuk setiap liter petrol RON95 dan diesel, yang menjadikan harga semasa masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter.

Sanjeevan pertahan bidaan 'BMW'

 
Pengerusi NGO antijenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan mempertahankan bidaannya berjumlah RM340,000 untuk mendapatkan dua nombor pendaftaran kenderaan negeri Selangor dengan siri “BMW”.

Sanjeevan yang dikenali dengan kritikannya ke atas pasukan polis mengaku di Twitter bahawa beliau memiliki nombor pendaftaran “BMW8” dan “BMW11”.

Gambar berhubung bidaannya itu tersebar di media sosial. Gambar tersebut menunjukkan senarai pembida untuk pelbagai nombor bagi siri tersebut, yang dibuka untuk tender terbuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dari 14 Ogos hingga 28 Ogos.

Menurut Sanjeevan, tiada pihak yang patut mengkritik beliau kerana membelanjakan wangnya sendiri.

Sebaliknya, kritikan patut disalurkan ke atas “wang awam yang terbuang”.

"Saya banyak mendengar kritikan sejak 48 jam lalu, namu semuanya lupa bahawa setidak-tidaknya saya menyumbang kepada kerajaan dan wang itu akan kembali kepada orang awam,” katanya di Twitter semalam.

Beliau juga mempersoalan dua orang penjawat awam yang berjaya membida nombor siri “BMW1” dan “BMW2” tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran.

"Saya seorang rakyat yang baik kerana saya menyumbangkan pendapatan saya kepada kerajaan, tetapi bagaimana dengan mereka yang mendapatkannya dengan percuma. Itu kehilangan hasil, bukan?,” soalnya.

Gambar yang tersebar itu menunuukkan tiga lagi penjawat awam memenangi bidaan untuk siri “BMW7”, “BMW9” dan “BMW10” tanpa bayaran.

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga dilaporkan membelanjakan RM 97,000 untuk nombor “BMW6”.

Kebanyakan pembida lain terdiri daripada kerabat istana.

PRM: Najib juga boleh 'dinyah' seperti Pak Lah

 
Parti Rakyat Malaysia mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bahawa perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur kerana gagal menunaikan janji.

Oleh itu, BN perlu memenuhi janji pilihan raya untuk tidak menaikkan harga bahan api sekiranya perdana menteri itu tidak mahu mengalami nasib yang sama, katanya.

“PRM hendak mengingatkan bahawa bekas perdana menteri,  Abdullah Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat.

"Oleh itu (Abdullah) mendapat peratusan kerusi parlimen yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

“Tetapi selepas pilihan raya, beliau tidak membawa  perubahan yang dijanji, tidak menghiraukan kesusahan kehidupan rakyat, sebaliknya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme, mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak dengan mendadak.

“Akibatnya harga barangan melambung naik, inflasi berlaku, akhirnya beliau dinyah oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12,” kata Koh.

Tambahnya, kejayaan BN dalam pilihan raya umum 2004 – dengan kemenangan di 198 dairpada 220 kerusi parlimen – adalah berdasarkan keyakinan rakyat kepada Abdullah untuk menjalankan agenda perubahan.

“Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum, beliau tidak membawa perubahan yang dijanjikan,” kata Koh dalam kenyataannya.

Koh turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menaikkan harga RON97 dan hanya menaikkan harga RON95 dan diesel.

“RON95 untuk pengguna berpendapatan pertengahan dan RON97 diguna oleh mereka yang kaya berkereta besar.

“Lagi pun berapa warga asing yang berada di Malaysia menikmati subsidi minyak RON 95?,” soalnya.

Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada 2 Oktober, menjadikan harga masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter.
 

Kisah haji Malcolm X

MENJELANG musim haji yang bakal tiba,saya membaca kembali buku , “Malcolm X: As They Knew Him” (editor David Gallen, 1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X .

Lebih dikenali sebagai Malcolm X,Malik ElShabazz (1925 –1965), pemimpin pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika yang aktif dengan Nation of Islam (NOI) di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji di Makkah.

Sebelum menunaikan ibadah haji, beliau agak lantang memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam (African American) dan dilihat mempunyai sikap anti bangsa kulit putih.

Pada bulan April 20 1964, Malcolm X telah mula menulis pengalaman beliau sewaktu menunaikan haji di Makkah, dan menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan ramai orang berkulit putih yang turut menunaikan haji bersama beliau,semangat kesatuan persaudaraan Islam, dan hal ini membuatkan beliau mulai sedar tentang peranan Islam dalam mengatasi masalah perkauman dan mengatur hubungan antara kaum yang berbeza.

Malcom X telah menghantar poskad kepada sahabatnya, Dick Schaap yang tertulis “Greetings from Mecca” dan menggambarkan kota Makkah sebagai “the fountain of truth, love, peace and brotherhood”.

Malcom juga menulis dalam poskad tersebut pengalamannya sewaktu menunaikan haji di Makkah antaranya:-

“eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue,whose hair was blond,blonder than blond,whose skin was whiter than white... and we were all the same.”

Dalam poskad pertamanya kepada James Farmer pula, Malcolm X menulis:-

“Dear brother James, I am now in Mecca, the most beautiful and sacred city in the world, where I have witnessed pilgrims of all colors... worshipping Allah in perfect peace and harmony and brotherhood such as I have never seen in the States.”

Malcom X menggunakan nama barunya Malik El Shabazz,menghantar poskad keduanya kepad James Farmer dan beliau mencatatkan coretan berikut:-

“Here I am, back in Mecca. I am still travelling, trying to broaden my mind, for I’ve seen too much of the damage narrow-mindedness can make of things and when I return home to America, I will devote what energies I have to repairing the damage.”

Dan bila ditanya adakah catatan beliau tersebut menunjukkan berlaku perubahan pada corak pemikirannya, beliau berkata ya dan mengatakan bahawa:-

“I have some explaining to do.... I was not so lucky as you were. I had very little formal education, eight grades.I am self-educated. I read for myself: mostly in prison I read the dictionary backwards...”

“Consequently I believed everything the Honourable Elijah Muhammad told us and the Honourable Elijah Muhammad told us that Islam was a black man’s religion-exclusively-and that the blue-eyed devils could not get close to Mecca, that they would be killed if they tried to enter that sacred city.In Mecca I saw blue-eyed blonds worshipping Allah just as I was, kneeling right beside me, so obviously the Honourable Elijah Muhammad had lied.”

Ketika berjumpa dengan sahabatnya Maya Angelou, Malcolm X turut membicarakan pengalaman barunya di Makkah dan mengungkapkan:-

“I have always said whites were blue-eyed devils but I have been to Mecca and I have seen whites with blue eyes with whom I felt a brotherhood, and so I can no longer say this-that all whites are evil.”

Perjalanan kembaranya menunaikan ibadah haji di Makkah ini mencetuskan perubahan kepada pemikiran Malcolm X dari seorang yang memiliki sifat perkauman sempit kepada seorang yang menghargai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seseorang, memperjuangkan persaudaraan sesama umat Islam dan persaudaraan sesama manusia lainnya.

Perjuangan cinta persaudaraan dan kemanusian inilah yang membuatkan beliau berbeza pandangan dengan Elijah Muhammad dan Nation of Islam (NOI) ketika itu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.

Pada 1 Februari 1965 tatkala baru mulai menyampaikan pidato di program anjuran Organization of Afro-American Unity (OAAU), Malcom X telah ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia selepas itu.

Malcolm X meninggal dunia sewaktu masih muda tatkala aktif dengan jelajah pidatonya di serata dunia memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia,keamanan dan persaudaraan sejagat. – HARAKAHDAILY 5/10/2014

Fadhilat dan hikmah korban

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu. (Riwayat at- Tirmidzi)

Huraian Hadith:

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Polis dalam rundingan akhir bebas konstabel diculik

 KOTA KINABALU: Polis kini dalam rundingan akhir untuk membebaskan anggota polis marin yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama pihak Filipina dalam urusan rundingan dengan kumpulan penjenayah terbabit bagi membebaskan Konstabel Zakia Aliep yang diculik pada 12 Julai lepas.

"Perkembangan kes setakat ini berjalan dengan baik dan terkawal. Mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini dalam proses rundingan akhir antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina dengan suspek penculikan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis jamuan Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini.

Jalaluddin berkata mangsa telah menghubungi anggota keluarganya sebanyak 79 kali sejak diculik kumpulan bersenjata itu.

Beliau berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas juga berada dalam keadaan selamat dan pihak polis juga sedang berusaha untuk pembebasannya. - Bernama

Ahad, 5 Oktober 2014

Faekah jelaskan spekulasi Khalid mahu kosong kerusi

 
KUALA LUMPUR: Dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang adalah tidak benar.

Selangor Kini melaporkan pegawai khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata majikannya tidak pernah menyatakan hasrat meletak jawatan.

“Tan Sri tidak pernah menyatakan hasrat letak jawatan,” katanya menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.

Speaker Dun Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh juga menafikan menerima notis peletakan jawatan itu.

“Saya tidak dengar apa-apa pun, saya juga tidak terima apa-apa notis,” katanya.

Reaksi itu sebagai respons kepada spekulasi mantan Menteri Besar Selangor itu mahu melepaskan jawatan sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Orang ramai harap Azmin terus terjah masalah rakyat, bukan gimik

1604460_10204764065812711_2006421474052461441_n (1) (1)SHAH ALAM, 4 OKT: Langkah pertama Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerjah kawasan pembuangan sampah dan penempatan haram semalam dihamburi pujian masyarakat.
Tinjauan di laman rasmi Facebook Azmin, rata-rata rakyat meninggalkan komen mengucap tahniah dan berharap agar Ahli Parlimen Gombak itu meneruskan komitmen berkenaan.
Shahbudin Ismail menyifatkan tindakan Azmin sebagai di luar amalan pemimpin di peringkat persekutuan.
“Menteri UMNO tak buat macam ini. Kalau ada pun mesti ada karpet merah.

“Terjah YAB, kami sokong 100 peratus,” ucapnya.
Sementara itu, ada juga suara yang mengucapkan tahniah atas pembentukan pasukan pentadbiran negeri ‘muda’ yang diketuai Azmin.
“Kita memang perlukan pemimpin-pemimpin muda.
“Dalam kabinet melambak pemimpin yang dah senja dan berkarat. Ubah,” tegas Bravia Braga.

MBterjah2

Rosnba Jamil pula menekankan agar orang ramai turut memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri agar permasalahan sama tidak berulang.
“Rakyat pun kenalah jadi mata, telinga, tangan dan kaki yang menyokong penuh padu dan jujur. Bekerja bersama-sama pasti lebih mantap,” katanya.
“Kalau Azmin Ali kekalkan momentum macam ini, Insya Allah Umno-BN susah nak dapat balik Selangor,” luah Nasa Ozil pula.

MBterjah3

Semalam, Azmin mengisi aktiviti program mesra rakyat pertamanya dengan menerjah pusat pembuangan sampah haram di Sungai Kertas Batu Caves.
Beliau antara lain sempat memeriksa lori tanpa permit yang beroperasi di kawasan itu dan turun ke longkang untuk meneliti masalah banjir kilat di sekitar Kampung Nakhoda.

MB lawat Mat Sabu diserang demam denggi

MB KLANG 4 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini melawat Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Wad 8 Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

Mohamed Sabu dimasukkan ke wad itu akibat serangan demam denggi yang dialaminya sejak Rabu lalu.

Turut sama dalam lawatan itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi , Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar serta beberapa pimpinan parti dan setempat.

Mohamed Azmin bersama isteri meluangkan masa melawat untuk bertanya khabar dan keadaan kesihatan Mat Sabu.
Diakhir ziarah Mohamed Azmin mendoakan agar cepat Mat Sabu kembali sihat.