SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 22 Mac 2011

ENTAH LAH APA NAK JADI MELAYU NI

Entah lah dunia politik melayu ni apa nak jadi lah. Bila ada saja nak Pilihan Raya mesti ada kes baru....... (kes-kes mencuri kemaluan) Macam disusun-susun di rancang-rancang aje. Begini rupanya politik orang melayu Malaysia ni. Berpolitik bukan untuk tujuan membangunkan bangsa tetapi untuk menghina bangsa sendiri, apa tidaknya asal ada kes rogol melayu....,kes liwat melayu.......,kes buang anak melayu........,dan berbagai-bagai kes lagi melayu ni. dari pada orang atas hingga lah melayu bawahan.

Yang paling menghairan kan aku yang penuduh ni baik sanggat ker? berapa ramai lagi melayu bermasalah di Malaysia ni sama ada pencuri-pencuri, penyamun-penyamun, penyagak-penyagak, sepatutnya itu dulu di benteras habis-habisan. Habis harta orang kampong,hanta negeri dan harta negara juga kena samun kenapa tak di berkas mereka tu? Langsung tak ada perasaan untuk membangunkan bangsa, menaikkan lagi taraf ekonomi melayu. Kalau menyanyi bukan main lagi maju mara semua disebut kenyataan nya menyusahkan adalah, asal kurang duit je naikkan harga minyak, harga barang,harga air,harga eletrik,saman polis,saman JPJ,saman kastam dan macam-macam lagi lah asal menjadi duit.(jalan paling mudah untuk cari duit )

Buat syarikat GLC konon buat keuntungan untuk negara tapi dalam waktu yang sama tindas rakyat, syarikat untung berjuta-juga rakyat semua kena bayar, air,eleterik,hospital,sehinggakan nak kencing pun kena bayar.Cukai pintu,cukai tanah,cukai kepala,cukai jalan,cukai perhidmatan,dan berbagai-bagai cukai lagi.Tan Sri-Tan Sri, Dato-dato, YB-YB, tak apa lah pendapatan sebulan dah berapa? gaji bekerja,upah menasihat,bercakap bohong pun dapat duit juga.

Harta mengunung umur baru 30an harta dah berjuta-juta,hartanah di Malaysia,Australia, Indonisia dan macam-macam sia lagi, agak macam Ismit Ulamraja lah punya kaya.Harta di dalam dan luar negara tak tahu nak buat apa punya banyak. Buat rumah tak ada yang kk semuanya jj. Mana dapat duit takkan keluar dari perut mak bawak duit kut, Kalau makan gaji 60k sebulan tak dimakan langsung pun, belum tentu dapat berjuta-juta dalam masa 7,8 tahun kerja, tapi yang menghairan kan dah mampu beli rumah berharga bejuta-juta mana dapat duit. Kenapa tak disiasat betul-betul penyamun macam tu?

Perkara yang beria-ia kes lewat,kes sex tah apa-apa tah mengabis duit rakyat je,nak upah penyiasat,nak bayar mahkamah,nak bayar yang kena liwat,nak bayar yang kena rogol hei banyak duit lah nak pakai. Dari pada membuang-buang duit tak memasal sedekah kat orang yang sakit kronik,pesakit jantong,bagi elaun untuk orang tua-tua yang dah tak mampu bekerja tu adalah lebih baik, negara pun aman sebab dapat keberkatan dari yang maha agung.

Wahai pemimpin-pemimpin yang beria ia nak menang dulu dan menawarkan diri untuk memegang amanah Allah, ingat lah bahawa rakyat mengharap sesuatu dari kamu semua ,agar mengubah cara hidup mereka, bukan cara hidup kamu sahaja hendak berubah rakyat yang lebih penting sebab tu rakyat memilih kamu.....faham ye....

1 ulasan: