Ada dikalangan orang-orang kaya yang membela anjing untuk menjaga kepentingan mereka seperti menjaga kebun,rumah,harta benda apa sahaja lah yang difikirkan itu hak dia. Daripada diceroboh atau dicuri oleh manusia atau pun binatang yang dianggap musuh perosak oleh mereka itu (orang kaya). Anjing-anjing mereka ada yang berkurung sahaja dan tak kurang juga yang berlepas bebas berkeliaran di kawasan yang ditetapkan oleh orang kaya itu.
Aku nak cerita tentang pengalaman aku yang pernah jiran dengan orang yang ada membela anjing-anjing atas tujuan menjaga keselamatan dia dengan keluarganya.Aku dengar agak mahal juga harga anjing-anjing yang dia beli itu maklum lah anjing ganas ada dibeli dari German,Poland,England dan dari USA. Anjing-anjing itu cukup pandai dan mudah faham akan kehendak tuan nya dan sangat menurut perintah maklumlah anjing-anjing terlatih (sudah masuk univasiti kata orang sekarang)
Bila tuanya balik sahaja dari mana-mana anjing-anjing itu akan menunggu (macam menyambut ketibaan) dipintu pagar rumah dan berebut-rebut ingin menyapa tuan nya dengan ekor yang tegak dan bergoyang-goyang serta lidahnya yang terjelir dan ingin memcium kaki tuan nya menandakan bertapa taat nya dia pada tuan nya itu sambil mengharapkan sesuatu yang di bawa oleh tuan nya sebagai buah tangan, kadang-kadang memang ada sesuatu habuan anjing-anjing itu dapat dari tuan nya.
Dari segi tugas anjing-anjing itu akan sentiasa dalam sedia berhidmat menjaga keselamatan tuan nya dan keluarga.Anjing-anjing itu akan berjaga siang malam (tuan nya tidur dengan lena dibilik berhawa dingin) dirumah, Dia akan menyalak sekuat hati bila ada terlihat sesuatu kelibat yang agak mencurigakan melintas depan rumah atau disudut mana sahaja dalam kawasan perpagar rumahnya.
Kadang-kadan anjing-anjing itu akan menyalak sekuat-kuat untuk menakut-nakut orang yang lalu di kawasan rumah itu, sedang kan bukanya ada apa-apa berlaku tetapi itu lah perangai anjing yang suka membuat bising, biasalah ada orang berjalan kaki lalu disitu apa yang malang bila orang itu terkejut dan rasa takut lalu berlari, dengan tanpa berfikir panjang orang sekeliling menangkap dan menuduh orang yang lalu itu ada niat nak mencuri di kawasan perumahan itu "fitnah dari anjing-anjing belaan" nama nya.
Ada juga berlaku bila keadaan anjing-anjing yang dalam pagar tuan nya menyalak tapi takut nak mengejar tiba-tiba sahaja ada dari beberapa gerombolan anjing-anjing liar yang tak bertuan (anjing cari makan) terus menyalak sehinggakan menjadikan suasana riuh rendah dikawasan kejiranan itu dan anjing itu menyalak mengarah kesebuah rumah,seolah-olah nya di rumah itu ada sesuatu sedang berlaku.Oleh kerana riuhnya anjing-anjing itu yang sedang tidur lena pun terjaga yang jaga pula mengjengok keluar rumah ingin melihat apa yang sebenarnya berlaku. Bila disiasat rupanya hanya seekor kucing lalu dan menuju kerumah yang di salak oleh anjing-anjing itu tetapi orang ramai sudah ada yang bersangka buruk terhadap yang tinggal (penghuni) rumah tersebut, ini pun "fitnah dari anjing-anjing juga"
Apa yang paling sadis bila ada orang kaya yang sengaja memberi makan(upah) kepada anjing-anjing kurap tepi jalan dengan cara cuma membaling satu tin sardine membuatkan anjing-anjing itu berebut-rebut (bergaduh pun ada) untuk mendapatkan sedikit habuan.Bila dapat mula lah merengek-rengek sambil mengulik kaki orang yang beri makan tersebut (macam memuji-muji lah) tak sedar sardine yang di barikan itu hanya sardine yang telah tamat tempoh guna atau hasil dari pemberian orang .
Tujuannya untuk mengalih kan pandangan orang ramai ada juga tuan-tuan ampunya anjing-anjing itu yang sengaja membuat sesuatu helah supaya anjing-anjing itu menyalak membuat bising dengan tujuan supaya orang ramai semua berpusu-pusu melihat kearah anjing-anjing yang menyalak itu pada waktu yang sama tuan nya boleh melakukan kerja-kerja yang tidak perlu diketahui oleh orang ramai (tugas anjing-anjing belaan) Bagi orang itu ini satu kepuasan kerana berjaya membuat orang ramai tertanya-tanya apa yang berlaku.
Tapi kata orang tua-tua bila ada anjing belaan yang suka menyalak diwaktu malam, dengan bunyi yang sayu itu menunjukkan tuannya akan pendek umur. Wallah-huaklam.
P/s: Hati-hati dengan anjing-anjing belaan.
Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988betonline
BalasPadamAgen Judi Online
Daftar Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Berita Bola
Berita Bola Terkini
Berita Bola Terupdate
Berita Terkini
Berita Terupdate