SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 2 April 2011

Assalammualaikum
Pagi tadi semasa aku berjumpa dengan sahabat aku di tempat kerja dia, secara kebetulan rupanya hari ini ada mesyuarat Agong yang ke 27 Kelab Sukan dan Kebajikan tempat kerja dia. Dia mempelawa aku ketempat mesyuarat agung itu diadakan aku pun pergi lah sebagai pemerhati yang tak diundang, disitu aku dapat pengalaman baru... dapat melihat bagaimana pegawai-pegawai kerajaan bermesyuarat. Kehadiran biasalah macam mesyuarat-mesyuarat lain yang bukan mesyuarat perwakilan kehadiran dimonopoli oleh wanita.Ucapan perasmian yang disempurnakan oleh pengarah.
1. Diantara ucapan pengarah itu yang aku ingat beliau ada menyatakan bahawa jumlah pekerja keseluruhannya lebih kurang 3,500 orang dan menjadi ahli hanya 250 orang kelihatan pengarah sanggat kecewa dengan keahlian yang berdaftar tidak sampai 10% dari jumlah keseluruhan kaki tangan yang berhidmat.
2. Beliau menyeru dan mengharapkan agar AJK berusaha menambah keahlian baru terutama pekerja-pekerja baru dan muda kerana menurut beliau banyak kemudahan bersukan dan kebajikan yang diberikan kepada ahli-ahli kelab.
3. Pengarah memperingatkan bahawa pada 2012 satu temasya sukan tahunan diperingkat kementerian akan diadakan jestru pengarah berharap kelab akan bersiap sedia untuk turut serta dan mengambil bahagian pada temasya tersebut.
4. Selepas perasmian, mesyuarat pun dimulakan mengikut ajenda pertama Membentang lapuran tahunan bagi tahun berahir 2009 dan 2010 oleh Setiausaha Kehormat. Aku lihat begitu mudah perjalanan mesyuarat mereka, dah bentang seorang bangun cadang diterima dan disokong dengan tanpa apa-apa pertanyaan.Mudah nyaaaaaaaaaa....
5. Agenda seterusnya membentang dan meluluskan penyata kewangan dan kunci kira-kira bagi tahun berahir 31.Disember.2009 dan 2010 untuk diterima dan dibahas dibentang oleh Bendahari Kehomat ini pun mudah juga, aku dapat melihat penyata yang sediakan oleh Bendehari teruk nyaaaaaaaa.Aku difahamkan berdahari tu bukan calang-calang jawatan dalam jabatan nya tetapi mungkin dia Bandahari baru tidak berpengalaman lihat gayanya macam jujur dan ikhlas je..... Nasib baik ahli-ahli kelab tu pun sama sahaja dengan dia, selepas dibentang hanya satu teguran dari ahli kelab berkaitan lapuran tersebut, sebenarnya kalau ikut aku punya pandangan mesyuarat tersebut tak boleh diterima kerana lapuran kewangan nya ti boleh di terima dan diluluskan.Tapi siapa aku..... nak memandai-mandai, ahli kelab itu terdiri dari bermacam ketogeri perjawatan ada yang profesional ada sokongan satu dan sokongan dua yang pasti mereka terdiri dari berbagai latarbelakang akademik,mereka yang sepatutnya memperbetulkan kerana mereka adalah ahli kelab.
6. Aku hairan kenapa tidak ada pembentangan angaran pendapatan dan perbelanjaan seperti yang termaktup dalam Undang-Undang dan Perlembagaan kelab tersebut.Itu perkara penting kerana itu undang-undang.Kenapa ahli bisu? Aku perhatikan terlalu banyak kesalahan dan kesilapan dalam menyediakan lapuran kewangan kelab ini, satu perkara lagi yang tidak ada tercatat dalam lapuran ialah baki dibawa kehadapan. bagaimana nak menjumlahkannya? bila dikira jumlahannya semua salah. Persoalannya apa yang Juru Audit mereka buat? saja-saja tenyeh kot begitu juga dengan ahli-ahli dah buta kerana cabutan bertuah.......
7. Bersandarkan kepada lapuran Setiausaha dan Bendahari aku fikir kelab ini agak susah nak berjaya.....Apapun aku sebagai pemerhati luaran berharap AJK baru terpilih tadi akan dapat membuat perubahan untuk kemajuan Kelab Sukan dan Kebajikan itu sendiri dan dapat memberikan keyakinan erta menfaat kepada ahli-ahlinya..........
8. Syur dari aku Kelab seharusnya mengujutkan beberapa biro untuk melancarkan perjalanan dan pentadbiran kelab terutama sekali biro keahlian yang bertanggongjawab merancang dan menyusun strategi mencari dan menambah keahlian, dan beberapa biro lain yang difikirkan perlu untuk membantu AJK.
9. Kedua pada mesyuarat agong yang akan datang beri lah ruang kepada ahli-ahli memberikan pandangan dan buah fikiran mereka sebelum mesyuarat ditangguhkan adakan agenda ucapan penangguhan dimana ahli-ahli diberi ruang untuk mengemukakan cadangan-cadangan yang bukan berbentuk usul maknanya tak parlu dibahas mungkin ada yang bernas dan boleh diterima pakai .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan