SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 1 November 2011

Jika Politik Menguasai Penguatkuasa ??!!

NONE
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.


Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu

“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Bila ada orang pertikaikan Agama resmi Malaysia bukan Islam semua orang Umno melenting yang tak berapa faham tentang islam pun bercakap tentang islam, Tapi bila islam nak di kembang biakkan di Malaysia macam-macam halangan dikenakan, kecuali si pendakwah itu sealiran dengan umno dan sedia memuji pemimpin umno biarpun pemimpin itu menghina islam

Contuh ucapan pemimpin umno yang berbaur penghinaan kepada islam:-

"(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Tiada seorang Mofti pun berani menegur  beliau ?

Bob lokman sebagai seorang penceramah bebas yang ingin memperjuangkan dan mengembangbiakkan islam, bahkan dipersalahkan, dengan alasan memberi ceramah tampa tauliah.

Apa salahnya dia diberikan tauliah untuk berceramah menegakkan siar islam? selagi tidak terbukti dia menghasud umat islam menuju kearah kemungkara,. 


Sekiranya Islam itu di katakan Ugama resmi negara,seharusnya penduduknya sentiasa diberi pendidikan tentang islam yang benar-benar islam bukan hanya sekedar omong kosong,buktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang agama resminya adalah Islam. Perkembangan islam subur di Malaysia, kenapa harus ditahan-tahan ? dilarang-larang orang berdakwah ?


Apakah JAKIM sudah cukup hebat dengan TV Al-Hijrahnya ?dan sudah cukup selesa dengan adanya RTM dan Media Prema untuk berdakwah meninggikan siar islam dikalangan rakyat muslim di Malaysia,sehingga menyekat pendakwah-pendakwah bebas seperti Bob Lokman dan pendakwah-pendakwah lain untuk berdakwah?(Ceramah) 


Pada aku sebenarnya tauliah itu bukan alasan utama tetapi ketakutan umno yang membuatkan Wak "JAIS" berpeloh dalam accond, kerana mereka tahu Bob boleh menarik ramai pengikut dan pendengar terdiri dari orang-orang tua,pemuda-pemuda dan kanak-kanak serta wanita untuk hadir mendengar ceramah beliau , berbanding dengan penceramah dari kalangan ustaz-ustazah umno yang terpaksa mengadakan tanyangan gambar dan cerita-cerita lucah Anwar untuk menarik penunton dan pendengar. 


Perkara ini pernah berlaku di Sekincan, Sabak Bernam dan beberapa tempat lagi di selangor. Tak pernah pun wak"JAIS" memohun waran tangkap dari mana-mana mahkamah syariah untuk menangkap dan menahan  penceramah-penceramah tersebut. Persoalannya adakah ustaz-ustazah itu memang diberi tauliah ????


Antara sebab lain Bob Lokman dilarang berceramah di Selangor adalah kerana mereka tahu Bob sealiran dengan Nik Aziz dan bukan dengan Najib kerana itu mereka melarang dia berceramah di Selangor.


Apa kaitannya? Kaitanya dengan Nik Aziz dan Naib ? "POLITIK" lah ndok oiiiii Bob Lokman tu PAS itu pun tak faham-faham lagi...

Tapi yang dalam gambar ni pula sealiran dengan kepimpinan negara yang mengaku memperjuangkan islam dan sangat benci jika islam di gugat , kalau tak percaya tanya Najib dan pemimpin-pemimpin umno yang   lainnya ini adalah rakan mereka kerana itu tiada bantahan dari pemimpin umno biar pun  menayangkan tayangan seperti ini.

Mejoriti penuntunnya adalah bangsa Melayu dan beragama islam serta bumi putra (Sabah  &  Serawak) mereka disogokkan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan,mereka kata BN /Umno bagus beri hiburan,dalam masa yang sama mereka telah di humbankan oleh BN/Umno kelembah kealpaan.

Jangan heran dan merasa malu bila melihat remaja melayu dan bumi putra ramai yang berpakaian separuh bogel, kerana mereka sudah terdedah dengan dididikan melalui penglihatan dan pendenganran yang dihidangkan oleh sekutu-sekutu pemimpin negara.

Tarutama Menteri Penerangan Komenikasi dan Kebudayaan serta seluruh kariawan Kementerian nya mereka ini adalah  antara orang-orang yang patut dipersalahkan bila melihat remaja berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh.

P/S: "Jika inginkan yang suci, yang bersih jangan di campur dengan yang kotor"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan