SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 1 November 2011

Sangat Memalukan Islam.....

Apakah sebenarnya perjuangan "Pertubuhan Islam Gabungan Amal" ? Apakah aktiviti utama mereka membela mat rempit dan memperjuangkan tuntutan untuk mendapatkan litar lumba,adakah itu perjuangan? 


Sepatutnya sebagai "Pertubuhan Islam Gabungan Amal" memperjuangkan kesucian Islam,mempertabatkan bangsa dan Negara, Itu lah perjuangan .Bukan buat kerja-kerja bodoh macam tu. Ini bukan tuduhan tetapi di akui oleh Datok Seri Hilmi Yahya (BN-Telok Bahang) baca Sini


Litar lumba mantan PM dah buatkan dah di Sepang nak berapa banyak lagi? Sepatut nya buat tuntutan pada kerajaan memohun tambah lagi masjid sebab anak muda susah nak sembahyang kerana masjid tak cukup. Begitulah memperjuangkan Islam dan Beramal sesuai dengan nama NGO"Pertubuhan Islam Gabungan Amal"



Sepatutnya NGO ini ditubuhkan lima tahun dulu dan berdemo lima tahun dulu minta pada kerajaan masa itu baru sesuai dengan perjuangan anda "SELAMATKAN PULAU PINANG" dan "SELAMATKAN MAT REMPIT" sekarang dah tak sesuai lagi dah terlambat... dah jatuh ketangan PR..


Lagipun sekarang Pulau Pinang lebih selamat tanah melayu dah kurang terjual.....dah, anda patut tahu kenapa  
PR / DAP boleh menawan Pulau Pinang? Anda harus bertanya kepada mereka "BN/Umno".kerana mereka lah PR?DAP dapat menawan Pulau Pinang.


Buat malu je berdemo buat apa kalau dah salah sendiri ???????? Melayu...melayu...berjuang lah untuk memartabatkan bangsa, jadi mat rempit tu bukan perjuangan asas bangsa..... 


Saya masih ingat yang memperjuangkan mat rempit ni dulu Putera Umno, kalau tak silap ingatan aku la.....


P/S: "Kalau mencari sokongan usah datangkan kebencian"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan