SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 4 Mac 2012

Tun Mahatir Usah Berlagak Alim (Pandai), Hssan Ali Lidah Keli (Bisu)

Bila orang yang bukan ahli tapi bercerita atau menjawab pertanyaan yang dia bukan ahli maka jadi lah seperti TDM mantan PM,bila ditanya soal pelaksanaan hukum Hudud di beberapa Negeri di Malaysia.Lihat Video

Mengikut beliau Hudud itu hanya citaan ahli fikah semat-mata, tiada di sebut dalam Quran.Na u zubillah, kenapa TDM jadi begitu,anda tidak ahli tenteng itu jangan lah menjawab bila di tanya ia boleh menjadikan anda terkeluar dari islam, kerana mempertikaikan hukum Allah.

Perkara ini bukan perkara mainan anda bekas seorang PM kata-kata anda masih ada yang mendengar dan anda masih punyai pengikut,bagai mana kalau mereka itu terlalu taksub dengan anda lalu mempercayai dan mengikut anda seterusnya bagaiman pula dengan akidah mereka?

Diharap DHA(JATI) pakar akidah dapat memperbetulkan orang tua ini dan pengikut-pengikutnya. Selamatkan lah akidah mereka, DHA jangan cakap sahaja akidah-akidah, sekarang sudah ada krises akidah didepan mata DHA kene tanganinya dengan segera.  

Kepada DHA tak guna cakap lentang lentung tapi kosong macam tong kosong, rakyat Malaysia nak tengok sejauh mana keikhlasan DHA dalam perjuangan menyelamatkan akidah umat Islam Malaysia, Bukan yang sudah masuk gereja dan murtad sahaja yang perlu dikejar, mencegah itu lebih baik dari mengobati,Jestru itu  biarlah bermula daripada menasihati mereka yang terkeliru antara hukum Allah dengan hukum maknusia.Mereka yang  tidak mempercayai hukum Allah ini perlu di bendung. supaya tidak menular menjadi wabab kerises akidah.Wallahu-a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan