SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 17 Disember 2012

apakah Ini Tanda-Tanda Serangan Pendokong Muhyiddin Terhadap Najib Sudah Bermula ?


Sticker ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ diedar!!

Beberapa ketika dulu poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor.

Poster tersebut bukan saja ditampalkan di banyak pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu.

Malah pengedaranya juga hingga ke utara semenanjung dan ianya juga telah diedarkan di beberapa pasar malam di Pulau Pinang oleh individu yang dipercayai ahli UMNO.

Dan ianya telah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kawasan berhampiran..

Selain dari itu para penyokong Muhyiddin ini juga telah mewujudkan dua laman Face Book iaitu 'Kami sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri'dan 100,000 sokong Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin.. (lihat di SINI )

Nampaknya kini gerakan tersebut diteruskan lagi dengan pengedaran pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya pula..

Seperti juga pihak yang mengedarkan poster.. takut dicantas oleh Najib, pihak UMNO kawasan tersebut akan menafikannya..

Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.

Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku ~ Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan