SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 23 Disember 2012

Mahasiswa, aktivis berkhemah hingga Isnin depan Penjara Kajang


KAJANG 22 Disember: Kumpulan aktivis berkumpul depan Penjara Kajang sejak malam tadi sebagai protes terhadap keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi.
Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, ketika dihubungi memberitahu kumpulan berkenaan termasuk mahasiswa akan berkumpul depan penjara itu hingga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.
“Sejak malam tadi, kami sudah berkumpul dari jam 8 malam dan tidur dalam empat khemah disediakan. Lebih kurang 30 orang tidur di sini malam tadi,” katanya.
Katanya, meskipun tiada gangguan polis setakat ini, kumpulan itu dipantau pihak berkuasa dari cawangan khas (SB), sejak malam tadi.
“Lebih kurang 8.45 pagi tadi, ada enam orang polis datang ambil maklumat ahli SMM yang duduk berhampiran khemah. Walaupun nampak tenang dengan himpunan aman, tapi kami dikawal 10 orang polis yang memerhati gerak kami,” ujarnya.
Umar, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu.
Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dan hukuman penjara selama sebulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas.
Umar Muhammad didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai penguat kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan