KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang membuat beberapa dakwaan ke atas beliau dan ahli keluarganya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib harus berbuat demikian kerana dakwaan yang dibaut Deepak bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai Perdana Menteri tetapi turut melibatkan nama baik negara.
"Rakyat menanti keberanian Najib untuk tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak.
"Rakyat tidak boleh terima pemimpin yang mempunyai masalah peribadi yang begitu berat jika benar apa yang didakwa Deepak itu," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini .
Mahfuz juga berkata, najib seharusnya mencontohi keberanian bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia. Seharusnya Najib juga ada keberanian itu," katanya yang juga Ahli parlimen Pokok Sena.
Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Harakahdaily mendakwa Najib mempunyai kaitan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008.
Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan