SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 5 Februari 2013

Musa Aman Kini Disiasat Switzerland


Pihak berkuasa Switzerland sedang menjejak skandal pengubahan wang haram Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman, mengancam untuk memalukan Perdana Menteri, Najib Altantuya dan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN).

Najib Altantuya yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah berdepan kemarahan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap Umno yang diketuai oleh Musa menjelang pilihanraya umum, kini berhadapan pula dengan pendedahan antarabangsa bahawa kerajaan beliau terpalit dengan rasuah.

Tempoh siasatan Kerajaan Switzerland berkenaan hubungan antara UBS, bank terbesar di negara itu, dan hasil daripada pembalakan haram di Sabah nampaknya tidak boleh memalukan lagi Perdana Menteri yang berharap untuk meredakan keadaan yang semakin menunjukkan tanda-tanda bahawa ia beralih kepada Pakatan Rakyat.

Najib Altantuya dan rombongannya melawat Kg Rampayan Laut di Kota Belud hari ini untuk acara karnival berbau politik di mana dia berharap untuk menaikkan sokongan yang mula goyah terhadap kerajaan campuran Barisan Nasional.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memulakan lawatan bermula di Sandakan pada hari Sabtu untuk mesyuarat dengan pegawai Umno negeri.

Pergolakan Umno di Sabah bermula apabila sumber pegawai parti yang rapat kepada Musa dan diberitahu, langkah pertama pesaingnya, Shafie Apdal, ahli parlimen Semporna yang merupakan orang kanan yang dipercayai Najib Altantuya, dikatakan sedang mengintai jawatan ketua menteri Sabah.

Sumber dalaman Umno memberi amaran kesan yang serius sekiranya Najib Altantuya menolak untuk mencergaskan semula BN dengan mengekalkan Musa akan membawa impak serius terhadap BN di negeri itu.

Mereka mendakwa bahawa kepentingan parti mesti diletakkan di tempat pertama dan mendahului sebarang agenda peribadi dan kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadi bencana bagi BN.


Agensi berita antarabangsa Reuters semalam melaporkan bahawa pendakwa raya Switzerland telah membuka kertas siasatan jenayah pengubahan wang haram ke dalam UBS selepas kumpulan kempen alam sekitar, Bruno Manser Fund, memfailkan aduan menuduh bank tersebut menjadi pengantara menyalurkan hasil pembalakan haram yang didakwa berpusat di Malaysia.

Seorang jurucakap pendakwa raya persekutuan berkata mereka telah membuka siasatan jenayah ke dalam tuduhan pengubahan wang haram melibatkan Musa.

Beliau mengesahkan bahawa UBS sedang disiasat berkaitan dengan hubungan antara bank berkenaan dengan Musa.

Musa dituduh dalam aduan yang dibawa oleh Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada bulan Mei berkenaan pembalakan haram di Borneo terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Ketua menteri sebelum ini telah menolak dakwaan rasuah ke atasnya dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

UBS berkata mereka telah bekerjasama dengan badan penyiasatan yang dilantik sejurus menerima aduan BMF.

"UBS mematuhi kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan dalam semua pasaran di mana ia beroperasi," jurucakapnya menyatakan bahawa bank diwajibkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa memerangi pengubahan wang haram jika ia mendapati bukti ia memegang aset asal jenayah, dipetik sebagai berkata.

Dalam aduannya, BMF, yang berkempen untuk menyelamatkan hutan hujan tropika di Borneo dan orang pribumi yang menghuni hutan hijau tersebut, menuduh UBS melanggar etika perbankan dengan menerima lebih daripada USD90 juta, ia berkata telah diperolehi daripada pembalakan di Sabah.

Memetik dokumen yang dikemukakan kepada pendakwa Switzerland, ia berkata wang itu dimasukkan di bank UBS di Hong Kong dan Zurich.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan