PETALING JAYA 29 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta agar semua umat Islam melakukan solat hajat di seluruh negara Jumaat ini.
“Arahan Tuan Guru Nik Aziz meminta umat Islam bermunajat, solat hajat khas dan berdoa pada malam 3 Mei nanti,” kata Anwar memaklumkan amanat itu pada sidang media hari ini.
Menurut Anwar, solat hajat itu bersempena hari mengundi yang semakin hampir iaitu pada Ahad ini, 5 Mei.
“Tuan Guru menggalakkan solat hajat itu dilakukan pada waktu Maghrib. Beliau turut menggalakkan semua rakyat dari agama lain supaya melakukan upacara doa mereka,” katanya.
“InsyaAllah, jika melihat sambutan rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak semalam, kita ada keyakinan, (tetapi) kita juga perlu berdoa,” kata Anwar merujuk kunjungannya di kedua-dua negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan