SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 6 Mei 2013

Dua-Dua Nya Tewas , Main Dalam PERKASA Je Lah


 Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. - Gambar fail
KUALA LUMPUR— Dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin tewas di kerusi masing-masing Pasir Mas dan Shah Alam.

Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Manakala Zulkifli yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) kalah kepada penyandang kerusi Khalid Abdul Samad dengan melebihi 10,000 majoriti undi.

Kedua-dua calon kontroversi ini menjadi perhatian sepanjang Pilihan Raya 2013 oleh kerana tindakan-tindakan mereka seperti menghina kaum dan agama lain.

2 ulasan:

  1. Orang Melayu memang tak sedar diri, cina sebuk dengan isu perkauman malangnya melayu masih berpecah. kalau dah terantuk baru nak terngadah..dah terlambat..Ibrahim Ali tu pahlawan Melayu, sebab melayu selalu leka..maka ia perlu selalu diingatkan..Melayu Mudah Leka..member tu kalah engkau bukan nak bagi semangat malah caci lagi...

    BalasPadam
  2. bro, sebaik - baik melayu baik aku sokong islam.... Dalam doa nabi pun xsebut nama melayu. Allah mengajak semua islam bersatu padu menentang kaum yang menolak agamanya... Ianya termasuk golongan yang tidak dapat menerima undang-undang Allah.. Jadi, jangan banggakan sangat sebab dilahirkan melayu, tetapi berbanggalah sebagai islam.. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Kita ambik jadikan ianya pengajaran. Ada sebab kenapa Allah xmengizinkan kemenangan Ibrahim Ali. Hanya Allah sahaja yang tahu.. Kita sebagai islam haruslah menyokong berdasarkan konsep agama islam yang dituntut, bukannya mengikut konsep melayu... Insaflah saudara... Tanda - tanda akhir zaman ni ddah semakin terang...

    BalasPadam