JOHOR BARU,— Sejarah tercipta apabila kubu kuat Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Gelang Patah kini menjadi milik Lim Kit Siang dari DAP yang menewaskan calon BN, Datuk Abdul Ghani Othman dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Penasihat DAP itu menewaskan Abdul Ghani, yang merupakan bekas menteri besar Johor selama 18 tahun.
Kerusi Gelang Patah mencuri tumpuan apabila menjadi kerusi paling panas kali ini apabila veteran DAP itu diletakkan bertanding di kawasan Wilayah Ekonomi Iskandar.Kerusi yang selama ini menjadi milik MCA, melalui Ketua Wanita mereka, Tan Ah Heng juga telah dipinjamkan kepada Umno.
Ah Heng kini berada di hospital menjalani rawatan barah payudara.
Gelang Patah meliputi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Nusajaya yang ditandingi oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menentang Dr Zaini Abu Bakar dari BN dan Skudai yang diwakili Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menentang Liang Ah Cy dari BN.
Johor meliputi 1,605,311 juta pengundi berdaftar, dengan Gelang Patah merangkumi sejumlah 106,726 pengundi dan berdasarkan peratusan kaum, kerusi ini memiliki majoriti pengundi Cina sebanyak 52.41 peratus, Melayu 34.27 peratus, dan India 12.49 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan