KUALA LUMPUR 11 FEB: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa ‘Langkah Kajang’ sehingga mendorong diadakan pilihan aya kecil sebagai sandiwara adalah bukti bekas Perdana Menteri itu takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Dengan adanya Anwar (di Selangor) menjadi kekuatan baru untuk KEADILAN dan Pakatan Rakyat selain membantu negeri ini dari sudut pentadbiran dan memantapkan ekonomi Selangor.
“Apatah lagi dengan rekod yang baik dan telus pentadbian Tan Sri Khalid Ibrahim melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dinikmati rakyat Selangor sebelum ini.
“Kenyataan Mahathir itu membayangkan ketakutan,” kata Pengarah Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub.
Dalam ceramah Anwar di Kajang sebelum ini difahamkan, kroni Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling bimbang dengan kehadiran Anwar negeri terkaya di Asia Tenggara ini.
Tambahnya, dengan kemenangan Anwar di DUN Kajang menumpulkan serangan politik dan mengecilkan pengaruh Umno-BN di Selangor.
Kata Mustafa, masyarakat tidak akan memberi kesan dengan dakwaan Mahathir kerana mereka kini bijak dan celik terhadap isu-isu politik.
“Rakyat juga semakin bijak menilai (kenyataan) Dr Mahathir.
“Pengundi Kajang tetap akan memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat,” kata Mustafa kepada Keadilandaily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan