SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 30 Disember 2014

Kelantan tubuh JK Task Force Pasca Banjir

KOTA BHARU: Melihat kepada situasi yang menyayat hati setelah air banjir mulai surut dengan keadaan rumah yang banyak rosak dan barangan musnah, Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusi sendiri oleh Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.

Kerajaan juga, ujar beliau telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut.

Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima  Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY 29/12/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan