SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 30 Disember 2014

MEDM lancar operasi pasca banjir, sukarelawan diperlukan

KUALA LUMPUR: Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), satu badan khas di bawah PAS mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan bagi membantu tugas-tugas post-banjir.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata badan itu kini membuka meja pendaftaran di pejabat perhubungan PAS negeri-negeri yang tidak terlibat dengan banjir bagi tujuan pendaftaran sukarelawan itu.

Bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini, Naib Presiden PAS itu berkata pendaftaran itu juga boleh dilakukan melalui laman sosial Facebook MEDM dan juga careline MEDM.

"Bagi kerja-kerja post-banjir ini, kami memerlukan lebih banyak tenaga sukarelawan yang akan menjayakan Ops Cuci Bersih nanti. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebhagian daripada sukarelawan itu, boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu," kata beliau.

Selesai urusan pendaftaran sukarelawan, kata Salahuddin pihaknya akan menyelaraskan tenaga sukarelawan itu bersama jentera parti bagi meneruskan khidmat di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Menurut Salahuddin, lokasi-lokasi itu akan ditetapkan setelah MEDM menerim maklumat terkini berhubung kawasan yang sudah mula pulih dan dijangka tidak akan dinaiki air semula.

Bagi menjayakan operasi tersebut, Salahuddin berkata pihaknya dengan rendah hati memohon sumbangan orang ramai berbentuk alat-alat pertukangan dan water jet bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata MEDM berjaya menangani 17 aduan yang yang diterim MEDM-Info Bencana dari 93 mklumat yang diterima MEDM.

Katanya, kesemua maklumat yang diterima akan ditapis terlebih dahulu sebelum disebarkan untuk tindakan lanjut.

MEDM turut mewujudkan Facebook dengan pautan www.facebook.com/medmpas dan twitter medm_pas bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada MEDM oleh orang ramai

Sebelum ini, MEDM giat menjalankan operasi penghnatran bantuan maknn dan keprluan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain menubuhkan bilik gerakan banjir, MEDM turut menggerakkan team radio amatur bagi tujuan komunikasi serta dapur rakyat sebagai pusat penyediaan makanan kepada mangsa banjir.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi Bilik Penyelarasan Maklumat Bencana MEDM di talian 03-26982000 (Syed Ahmad Fadhli) atau menghubungi careline Salahuddin Ayub (013-7278292), Khairul Faizi (013-2565530), Aiman Athirah (019-3438237).

Organisasi BPM Bencana MEDM terdiri daripada beliau selaku pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Dr Dzulkefly Ahmad (017-6286 804), Timbalan Pengerusi II, Mejar Abdul Rashid Hassan Basri (012-2871 614), Ketua Bilik Gerakan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Ketua Bilik Gerakan, Aiman Athirah, Setiausaha, Syed Ahmad Fadhli (013-2699 092), Penolong Setiausaha Amina (SUK DMPM), Unit Meteorologi ialah Khadijah, Raihana dan Sofea, Unit Keselamatan Noor Afizah Basarudin (Briged - 014-2295 449), Juhari Usman (Jabatan Amal - 019-7116 300) dan Unit Logistik, Haji Jamuliddin Elias (019-6644 796). - HARAKAHDAILY 29/12/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan