SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 12 Februari 2015

DAP sedia bantu MCA lapor polis

 
MP DAP, Lim Lip Eng berkata beliau sedia membantu presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk  membuat laporan polis ke atas menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan “memalsukan” kenyataan media.

Lim memuatkan kenyataannya itu di Twitter dengan menujukannya kepada Liow, Ismail dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, Lim yang juga seorang peguam berkata tindakan Ismail itu merupakan kesalahan serius.

Perkara itu sepatutnya disiasat mengikut Seksyen 464 dan 471 Kanun Keseksaan kerana membuat dokumen palsu atau memalsukan dokumen.

Apatah lagi, kes itu melibatkan dua orang menteri kabinet yang tidak boleh diabaikan.

“Jika Liow menafikan (mengetahui mengenai kenyataan itu), perkara yang patut dilakukan olehnya adalah menuntut siasatan. Beliau patut buat laporan polis.

“Saya tawarkan khidmat saya secara percuma (bona fide) untuk mengiringi beliau ke mana-mana balai polis untuk menyiasat perkara ini.

Lim juga menuntut agar Khalid, yang menurutnya gemar mengeluarkan arahan kepada pegawai polis di Twitter, untuk mengulas isu tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan