SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 12 Februari 2015

Pakatan seru rapatkan saf, terus juang lawan kepincangan

KUALA LUMPUR 11 FEB: Pakatan Rakyat yang merupakan gabungan parti pembangkang paling kuat dalam sejarah Malaysia akan terus dipertahankan.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bertegas, Pakatan Rakyat tetap kukuh dan akan meneruskan perjuangan rakyat melawan kepincangan sistem dalam negara.

Pakatan_rakyat_logo_dan_bendera
Dalam kenyataan bersama, majlis tersebut yang dianggotai Setiausaha Agung (SU) KEADILAN, Rafizi Ramli; SU Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan SU Organisasi Politik DAP, Anthony Loke , mengutuk Mahkamah Persekutuan kerana menolak rayuan Ketua Pembangkang, Saudara Anwar Ibrahim, seterusnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

“Buat sekian kalinya sistem perundangan di Malaysia hilang kredibiliti. Kes ini akan menambah lagi senarai bukti kukuh segala jenis penganiayaan dan tekanan kepada pembangkang di Malaysia.
“Kami yakin sebarang perselisihan yang timbul akan segera diatasi demi kelangsungan perjuangan rakyat. Inilah masanya pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat merapatkan saf berdepan dengan cabaran semasa negara,” kata mereka.

Perkara ini dipersetujui Majlis Setiausaha dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, malam tadi.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, beberapa program penerangan kepada rakyat dan perkara itu akan dibentangkan dalam Majlis Pimpinan yang dijadual pada petang Jumaat ini, 13 Februari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan