SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 14 Februari 2015

Program pro-Anwar di Pulau Pinang diteruskan

Kerajaan Pulau Pinang tetap meneruskan acara sokongan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun gabungan pembangkang itu masih lagi bersedih atas pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat malam tadi.

Program yang dinamakan 'Kebebasan Rakyat' itu akan diadakan di tapak ekspo Seberang Jaya mulai 9 malam esok (Sabtu), kata exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Malik Kassim.

Perhimpunan itu akan disertai Ketua Menteri Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Azmin Ali, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, and juga Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman.

Malik berkata anak Anwar yang memimpin kempen 'Berarak demi kebebasan', Nurul Nuha, bagaimanapun tidak berucap.

"Acara ini telah dirancang lebih awal dan semua pembicara telah mengesahkan kehadiran mereka," katanya hari ini.

Nik Aziz disemadikan pagi tadi, tiga hari selepas Anwar dihantar ke Penjara Sungai Buloh selepas mahkamah tertinggi mengekalkan hukuman lima tahun penjara atas tuduhan meliwat.

Sementara itu, terdapat juga desas-desus penyokong Anwar merancang mengadakan protes di Kuala Lumpur esok. Bagaimanapun PKR dilaporkan berkata ia tidak tahu-menahu mengenainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan