SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 14 Februari 2015

Setelah kontroversi, 1MDB bayar RM2 bilion

 
Syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah melunaskan hutangnya berjumlah RM2 bilion.

Jika gagal membayar hutang tersebut minggu depan, 1MDB berdepan tindakan bank-bank utama yang membiayainya.

"Pinjaman ini dilunaskan lebih awal seperti terma perjanjian kemudahan pinjaman," kata pengarah eksekutifnya Arul Kanda dalam satu kenyataan.

Bayaran balik pinjaman itu sepatutnya mengurangkan tekanan pada Ringgit dan jangkaan kredit, lapor Reuters.

Masalah 1MDB yang semakin berlarutan sering disebut sebagai satu faktor yang boleh membawa kesan negatif pada tanggapan jangka panjang ekonomi Malaysia.

1MDB, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, menanggung hutang kira-kira RM40 bilion.

"Dengan pelunasan pinjaman ini, saya menegaskan komitmen 1MDB untuk membayar tanggungan hutang kami menurut jadual," kata Arul lagi.

Pinjaman itu diberikan oleh bank terbesar Maybank, RHB Capital Bhd dan beberapa syarikat kewangan lagi.

Selalu lalu, Reuters melaporkan jutawan Ananda Krishnan, pemilik Astro dan Maxis, bersedia menyelesaikan kira-kira RM2 bilion yang dipinjam 1MDB.

Syarikat pelaburan itu melantik Arul bulan lalu dan mengumumkan rancangan untuk semakan strategi. Ia juga merancang kemungkinan menjual hartanah miliknya, lapor agensi berita itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan