SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 17 Mei 2015

BR1M: Najib cuba salahkan Gabenor Bank Negara

KUALA LUMPUR 16 MEI-  Penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pemberian Bantuan 1Malaysia (BR1M) bukan rancangan politik untuk menarik pengundi hanyalah alasan semata-mata.
Azan_GanuAdun Bandar, Azan Ismail berkata, Najib kini cuba menyalahkan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dasar itu sedangkan ia jelas merupakan kegagalan pengurusan wang kerajaan.
“Pada 2010, Najib yang bentangkan dalam parlimen bahawa kerajaan cadang untuk beri duit bagi meringankan beban rakyat ekoran kos sara hidup yang tinggi.
“BR1M adalah kegagalan besar dalam pengurusan wang negara. BR1M dikatakan mahu pulihkan ekonomi rakyat tetapi tidak tercapai. Itu tanda-tanda gagalnya BR1M dan sekarang Najib ingin salahkan orang lain,” katanya.
Menurut Azan, BNM hanya berfungsi untuk menguruskan kewangan namun tidak mempunyai kuasa untuk memberikan wang tersebut kepada rakyat.
“Bank Negara bukan fungsinya beri wang kepada rakyat. Mereka tidak ada kuasa. Ia uruskan kewangan berpandukan keputusan kerajaan. Arahan mesti datang dari PM atau menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi.
Azan juga berkata, Najib seolah-olah menjadikan BNM sebagai kambinghitam dan meletakkan kesalahan itu di bahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
“Gabenor Bank Negara ini dilihat sebagai sasaran dan dikambing hitamkan kerana terdapat ura-ura Najib ingin mencadangkan adiknya sebagai Gabenor Bank Negara yang baru.
“Ini adalah salah satu cara untuk Gabenor Bank Negara meletak jawatan,” katanya.
Jesteru itu, Azan meminta supaya Zeti tampil kehadapan untuk menjawab kenyataan perdana menteri itu.
“Gabenor Bank Negara perlu tampil untuk menerangkan, menjawab dan memberi penjelasan kepada umum supaya kradibilitinya tidak terjejas kerana beliau pernah dinobatkan beberapa kali sebagai gabenor bank terbaik di dunia,” katanya.
Najib hari ini menafikan BR1M adalah rancangan politik untuk menarik pengundi, sebaliknya ilham daripada BNM. Katanya, skim itu merupakan cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk menolong 40 peratus rakyat berpendapatan rendah dan bukan membeli undi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan