SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 29 Mac 2011

BADMINTON MALAYSIA

Sudah seminggu kita dihidangkan dengan berita-berita sek hari-hari dah naik muak membaca khabar-akhbar arus perdana. Berita TV, radio pun sama .

Mungkin bagi mereka yang berkepentingan itu adalah berita bait tapi bagi diri aku itu perkara buruk,perkara yang memalukan bangsa dan negara,mungkin juga bagi mereka bangsa dan negara sudah tiada erti lagi kerana mereka sendiri pun hampir-hampir tidak bermoral lagi kerana sengaja membuka keaiban orang lain. Mereka lupa bahawa membuka keaiban orang lain adalah satu kesalahan/dosa yang tidak akan di ampuni oleh Allah selagi tidak memohun maaf/ampun kepada orang yang diaibkan itu,apakah mereka fikir akhirat itu sama seperti LA,Hollywod tempat-tempat berhibur dan berpesta?Aku suka mengingatkan diri ku bahawa diri ku ini hanya insan yang terlalu kecil disisi Allah begitu juga dengan mereka biar pun mereka mempunyai darjat/kedudukan yang berbeza-beza tetapi disisi Allah kita adalah sama sahaja yang membezakan sesaorang itu dengan orang lain adalah amalannya bukan kuasanya........., oleh itu jangan lah kita mencerca memburuk-buruk orang lain.

Bagi diri aku dan sebilangan besar rakyat negara ini dan orang-orang luar negara mereka semua fikir ini adalah satu konspirasi untuk memalukan orang itu............. sungguh kejam dan terlalu zalim. Bagi aku ianya sangat kotor dan menjijikan...........

Alamak sebenarnya tujuan aku bukan nak cerita pasal tu,aku minta maaf terbabas tadi. Apa yang aku nak cerita ialah pasal kemelut yang melanda Persatuan Badminton Malaysia (BAM) , Semenjak 31 Disember 2010 Dato Hj Mohamad Misbun meletak jawatan dari menjadi jurulatih perseorangan khusus melatih Dato Lee Chong Wei di sebabkan mungkin ada perkara-perkara yang tidak memuaskah hati Dato Misbun, berhubung kait dengan masalah dalaman BAM memaksa beliau mengundurkan diri dari BAM dan dari melatih anak didik kesayangan nya itu.

Tiga bulan sudah berlalu Misbun tetap membisu, orang ramai sudah mula gelisah pak menteri pun turun padang mencari jalan penyelesaian untuk mendamaikan antara Misbun dengan BAM. Malangnya pihak BAM sendiri seolah-olah tidak perduli perkara tersebut seperti mereka sudah mempunyai jurulatih lain untuk membimbing Chong Wei, sedangkan Chong Wei sendiri sudah menyatakan bahawa dia akan tetap menunggu Dato Misbun untuk melatih beliau.

Sebenarnya Chong wei sudah cukup handal dan mempunyai kekuatan sendiri dalam gelanggang badminton ni seperti mana yang ditunjukkan oleh beliau dalam beberapa kejohanan dalam tempoh tiga bulan ini, terutama nya sekali beliau berjaya menewaskan musuh teradisi Lin Dan dalam kejohanan All England baru-baru ni itu menunjukkan bahawa Chong Wei memamg sudah sukup bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja.

Tetapi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Chong Wei itu sangat tinggi trhadap sifunya Dato Misbun yang pernah membimbing beliau sehingga menjadi seorang pemain yang disegani dunia, malangnya pihak BAM tidak melihat akan jasa Dato Misbun dengan keringat yang dicurahkan selama ini untuk negara, Cuba kita lihat apakah ganjaran yang diberi kepada Misbun bila Chong Wei dapat menjuarai sesuatu kejuaraan? sedangkan Chong Wei sentiasa dapat hadiah lumayan. Sehinggakan anugerah yang membawa gelaran Dato pun di berikan kepada Chong Wei terlebih dahulu, sedang dia dapat setelah ada suara-suara sumbang dari peminat-peminat badminton negara bertanya kenapa Chong Wei dapat dulu Misbun tidak? Selepas itu baru lah Misbun di beri anugerah Darjah Mulia Sri Melaka (DMSM) yang di anugerahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Dato.

Kebajikan Jurulatih ini juga seolah-olah tidak diambil berat oleh BAM, sebagai chontoh semasa Isteri beliau memerlukan rawatan diluar negara (Cina) tempoh hari, dimana BAM terpaksa mengadakan perlawanan persahabatan dengan kerjasama Radio Sinar semata-mata untuk mencari dana biaya perubatan Isteri beliau. Pada aku itu tak perlu melain kan setelah beliau balik dari luar negara baru buat program seperti itu untuk membuat tabung kebajikan orang lain pula.Ingat lah wahai BAM bahawa Dato Misbun berjuang untuk mengharumkan nama negara bukan setahun atau dua tahun tetapi sejak dari beliau remaja lagi.

Negara (BAM) menagih kepakaran nya(Misbun) untuk memastikan kejuaraan olempik menjadi milik Malaysia (Chong Wei) pada 2012 nanti, Tapi pernahkan BAM terfikir bahawa Kebajikan keluarga Misbun perlu disantuni.


Ahad, 27 Mac 2011

SANTAI NGINUM PATANG

Caritak sambil nginum patang duduk-duduk awan umanyak.

Ada sepasang dua laki binik nak hanyar baranak saorang baumur dalam lingkungan satahun hanyar. laki binik ni suka bagayak maklum hajak lah hanyar lagi magun hajak ramik. Jadi bagayak pakarak biasak hajak lagi karap bagayak lagi kuat kasih sayang, lagi kuat kasih sayang lagi rapat raragapan, lagi rapat raragapan lagi racap acarak, lagi racap acarak pacangan banyak pang capal halui di muhara lawang.
Caritanyak labih kurang kayainik lah. Satu tangah hari tu nang binik bamasak didapur sagan makanan tangah hari, nang laki maharagu anak. Anaknya uringngis-uringngis di asuhan nanglakik, handak maumpati umanyak. Nang binik manyuruh lakinyak, cubaam di timang-timang anak tuh luku inya mau diam ujar nang binik. Jadi nang laki malaguakan sambil manimang anak nya supaya anaknya diam.
Lagu nyak labih kurang kayainik lah "Tatimang-tatimang.....umamuk linak-linak" ujar nang lakik, anaknya kadak diam juak. Muyak biniknyak.........bawa siakam aku pulang manimang ikan randang ikan nih ujar nang binik manyuruh lakiknyak. Jadi nang binik pulang manimang sambil benyanyik juak tapi lagu nang binik lain pulang liriknya kaya ininih "mang-mang-mang-mang-mang.......timang, bapamu limut......limut" baulang ulang lagu. Inyak kabatulan ngaran anaknya Mahmud, orang banjar ni amun mamangil orang suka hujung-hujung ngarannyak hajak. Macam Mahmud dihiauwik mud,Zaki dihiau kik macam-macam lagi lah........
Nang lakik mandagar kada puas hatik lah disambatik limut...........(maka batul limut) jadi tarus manyahutik juak, umamuk linak uajarnyak(makja banaran linak), basasahutan dualaki binik......imbaham tangah harik tuk juak....makan tangah harik arinik ditunda kapatang ujar nang binik luan.
Palajaran nak ada dalam caritak Santai Nginum Patang kali nik, Berhatik-hatik mangaranik anak, berikan nang baik-baik lah.......

Sabtu, 26 Mac 2011


Apa kah benar ini akan terjadi sama-sama kita nantikan.

Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malampertengahan bulan ramadan ia itu hari jumaat 15 ramadan . Dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
Assalammualaikum,

Beberapa hari ni cuaca diNegara kita agak panas, biar pun hujan sesekali turun di beberapa kawasan tetapi tidak meninggalkan kesan walau sedikit pun kerana keadaan dipanaskan oleh isu cd gambar lucah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang. Isu cd itu yang di cetuskan oleh kumpulan Dato T(trio. RTC,SEA dan SL) bertempat di Hotel Carcosa Seri Negara.
Apa yang menarik perhatian aku ia lah orang yang membongkarkan cerita itu (siapa dia?) aku masih ingat lagi kes dia dikaitkan dengan seorang budak perempuan dinegeri jajahannya sedikit masa dulu.Semua orang tahu budak perempuan itu yang dibawah umur ketika itu telah mengandung diluar nikah ujar neneknya (nenek pendek)kepada Guan Eng untuk mengetengah kan isu itu hingga kepengetahuan umum. Maka dengan rasa bertanggong terhadap nasib bakal ibu buda itu, Guan pun buat lapuran polis, malangnya bakal ibu muda itu pulak yang ditangkap dan dikurung dirumah kebajikan dan Guan yang membuat lapuran polis pun ditangkap dan dilokap. Kes asal tuduhan kepada CM tupun tutup.
Dah sekian lama terpadam dari igatan umum siapa kah RTC bekas CM tu tiba-tiba dia bingkas dari lena dan terus buka didadanya sndiri, untuk menyegarkan semula ingatan umum kepada nya dan kesnya dulu. Mungkin ingin dikenang semula itu je.
Aku bimbang kalau-kalau ada diantara orang yang minta supaya diambil DNA RTC untuk dipadankan dengan anak yang dilahirkan oleh ibu muda itu dulu.Mana lah tahu anak itu betul anak ex CM tu. Ada berani bagi DNA?
Aku minta pada Umi Halpida cakap lah dihalayak minta ex CM tu bagi DNA dia untuk tespadanan, jangan suruh DSAI saja yang buat DNA, Tak payah cerita yang tujuh lagi tu,itu semua karut marut punya cite je, bohong je lebih nanti terbuka kain sendiri pulak kamu tu bukan bersih sangat.
Aku sebenarnya bukan orang politik, nak ulas-ulas cerita polit negara tapi aku benci dengan orang-orang politik yang diharapkan membawa kemajuan rakyat tetepi mereka asik cerita buruk orang je bila masa nak rancang perkara baik untuk rakyat?

Selasa, 22 Mac 2011

ENTAH LAH APA NAK JADI MELAYU NI

Entah lah dunia politik melayu ni apa nak jadi lah. Bila ada saja nak Pilihan Raya mesti ada kes baru....... (kes-kes mencuri kemaluan) Macam disusun-susun di rancang-rancang aje. Begini rupanya politik orang melayu Malaysia ni. Berpolitik bukan untuk tujuan membangunkan bangsa tetapi untuk menghina bangsa sendiri, apa tidaknya asal ada kes rogol melayu....,kes liwat melayu.......,kes buang anak melayu........,dan berbagai-bagai kes lagi melayu ni. dari pada orang atas hingga lah melayu bawahan.

Yang paling menghairan kan aku yang penuduh ni baik sanggat ker? berapa ramai lagi melayu bermasalah di Malaysia ni sama ada pencuri-pencuri, penyamun-penyamun, penyagak-penyagak, sepatutnya itu dulu di benteras habis-habisan. Habis harta orang kampong,hanta negeri dan harta negara juga kena samun kenapa tak di berkas mereka tu? Langsung tak ada perasaan untuk membangunkan bangsa, menaikkan lagi taraf ekonomi melayu. Kalau menyanyi bukan main lagi maju mara semua disebut kenyataan nya menyusahkan adalah, asal kurang duit je naikkan harga minyak, harga barang,harga air,harga eletrik,saman polis,saman JPJ,saman kastam dan macam-macam lagi lah asal menjadi duit.(jalan paling mudah untuk cari duit )

Buat syarikat GLC konon buat keuntungan untuk negara tapi dalam waktu yang sama tindas rakyat, syarikat untung berjuta-juga rakyat semua kena bayar, air,eleterik,hospital,sehinggakan nak kencing pun kena bayar.Cukai pintu,cukai tanah,cukai kepala,cukai jalan,cukai perhidmatan,dan berbagai-bagai cukai lagi.Tan Sri-Tan Sri, Dato-dato, YB-YB, tak apa lah pendapatan sebulan dah berapa? gaji bekerja,upah menasihat,bercakap bohong pun dapat duit juga.

Harta mengunung umur baru 30an harta dah berjuta-juta,hartanah di Malaysia,Australia, Indonisia dan macam-macam sia lagi, agak macam Ismit Ulamraja lah punya kaya.Harta di dalam dan luar negara tak tahu nak buat apa punya banyak. Buat rumah tak ada yang kk semuanya jj. Mana dapat duit takkan keluar dari perut mak bawak duit kut, Kalau makan gaji 60k sebulan tak dimakan langsung pun, belum tentu dapat berjuta-juta dalam masa 7,8 tahun kerja, tapi yang menghairan kan dah mampu beli rumah berharga bejuta-juta mana dapat duit. Kenapa tak disiasat betul-betul penyamun macam tu?

Perkara yang beria-ia kes lewat,kes sex tah apa-apa tah mengabis duit rakyat je,nak upah penyiasat,nak bayar mahkamah,nak bayar yang kena liwat,nak bayar yang kena rogol hei banyak duit lah nak pakai. Dari pada membuang-buang duit tak memasal sedekah kat orang yang sakit kronik,pesakit jantong,bagi elaun untuk orang tua-tua yang dah tak mampu bekerja tu adalah lebih baik, negara pun aman sebab dapat keberkatan dari yang maha agung.

Wahai pemimpin-pemimpin yang beria ia nak menang dulu dan menawarkan diri untuk memegang amanah Allah, ingat lah bahawa rakyat mengharap sesuatu dari kamu semua ,agar mengubah cara hidup mereka, bukan cara hidup kamu sahaja hendak berubah rakyat yang lebih penting sebab tu rakyat memilih kamu.....faham ye....

Ahad, 20 Mac 2011

PETUA IMAM SYAFIE R.A


PETUA IMAM SYAFIE R.A
Empat perkara menguatkan badan:

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Kalau rajin.... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal.

MENUTUP AURAT BAGI MUSLIMAT

1). Syariat Islam telah mengarahkan wanita islam(muslimat) agar menutup seluruh angotanya kecuali / melainkan muka dan dua tapak tangan.
2). Muslimat juga diwajib kan memakai pakaian yang tidak menjolok mata seperti sempit, ketat, jarang nipis dan menampak kan bentuk badan. Jestru muslimat diwajibkan memakai tudung yang labuh hingga menutupi dada supaya tidak melihatkan jalur-jalur yang boleh menaikkan / mendatangkan kegairahan kepada kaum yang bukan sejenis.
3). Memakai seluar tidak lah begitu ketat hingga melihatkan bentuk-bentuk perhiyasan bagi seorang wanita,Sesungguhnya semua yang ada pada wanita itu adalah perhiyasan yang sangat berharga bagi setiap wanita.Lantaran itu jangan lah dimurahkan apa yang ada pada diri mu......
4). Memakai tudung bukan hanya sebagai fesyen tetepi pakai lah dengan niat menutup aurat dan menuruti perintah Allah s.w.t, insaallah muslimat yang memakai tudung akan dipelihara Allah keimanan dan ketakwaan nya.Dijauhkan dari melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.
5). Pentingnya menutup aurat kepada muslimat disisi Allah menurut islam dapat di bukti kan dengan firman Allah yang terkandung dalam Quran surah "Al-ahzab : ayat 59" . Ayat bermaksud " Wahai nabi (Muhammad) suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (tudung) pakaiannya bagi menutupi tubuhnya (semasa mereka keluar).Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah maha pengampun dan maha mengasihani.
6). Ya Allah aku bermohon kepada mu jadikan lah isteri ku dan anak ku muslimat yang sentiasa menutup dan menjaga auratnya semasa diluar sepertimana kehendak mu Ya Allah. Aminnnnnn