SABAH SOLID MENYOKONG YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN .. YB RODZIAH ISMAIL SEBAGAI KETUA WANITA PUSAT ...YB NURUL IZZAH, YB FUZIAH SALLEH DAN YB ELIZABETH WONG SEBAGAI NAIB PRESIDEN.
KEADILAN Sabah suatu ketika dulu amat dikenali sebagai negeri yang banyak masalah .. sering berlaku pergeseran sesama pemimpin ... lompat melompat perkara biasa dan bukannya memeranjatkan serta pelik .. tapi kena akui jua keanggotaan KEADILAN Sabah bukan kecil anak.
Kini apabila Majlis Pimpinan Negeri Sabah diterajui YB Dato Seri Lajim Ukin kedudukan KEADILAN di Sabah cukup utuh dan kuat walaupun pada permulaannya beberapa pemimpin peringkat Ketua Cabang termasuk ADUN meninggalkan parti namun parti semakin gagah dan tidak goyah.
Semua parasit dan oportunis sudah pun dikikis dari KEADILAN.
Dari perjumpaan sambil menyampaikan taklimat oleh Dato' Menteri Besar Selangor di Kota Kinabalu semalam serta mempengerusikan mesyuarat bersama 22 Ketua Cabang KEADILAN Sabah dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri dengan Dato' Seri Lajim Ukin di Bilik Mesyuarat Ming Garden Hotel dan program bersama Wanita KEADILAN Sabah dalam jamuan makan malam sempena Hari Wanita Sedunia diturut serta oleh YB Rodziah Ismail calon Ketua Wanita Pusat Keadilan dan calon-calon Naib Presiden yang terdiri dari YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izaah dan YB Elizabeth Wong.
Ternyata sokongan anggota KEADILAN di Sabah cukup "solid" dan padu kepada Tan Sri Khalid sebagai Timbalan Presiden KEADILAN, YB Rodziah Ismail sebagai Ketua Wanita KEADILAN Pusat, YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah dan YB Elizabeth Wong sebagai Naib-Nain Presiden KEADILAN.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan