SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 3 Disember 2011

Jemu Menonton Tv3, Benci Melihat Pemimpin Negara Berhujah Untuk Membangun Ekonomi Rakyat Malaysia....

Sedih hati ini bila melihat pemimpin negara berucap dalam perhimpunan terbesar parti melayu. Bergitu rupanya cara pemimpin orang melayu menjaga amanah yang diberikan kepada mereka untuk membangun bangsa melayu yang mereka wakili. Dari hari pertama mereka berucap hingga kehari ini mereka hanya menghentam pemimpin parti lawan sahaja, seolah mereka sudah tiada lagi perjuangan yang mesti dilakukan selain dari menghentam pemimpin lawan sahaja.Cuba baca Ini

Tidak ada satu cadangan yang menjurus dan di rumus dengan baik dan mampu membari kenyakinan kepada melayu untuk menyakini bahawa parti mereka itu mampu menjana dan membangunkan bangsa melayu dari segi kekuatan ekonomi yang selama ini di monopoli oleh bangsa cina di Malaysia ini.(mereka hanya berminat menelanjangkan pemimpin lawan)Semua perwakilan bertepuk mereka tak sedar mereka sedang menumpuk-numpuk dusa untuk di bawa ke neraka nanti. (biul punya perwakilan tak kenal dosa pahala)

Adakah mereka banga selama ini mereka berjaya menjadi pentadbir negara, dan berjaya menipu bangsa sendiri menyapu harta negara ? Sebaliknya sekarang mereka betul-betul merasa seperti cacing kepanasan kerana sebilangan melayu sudah tahu dan sedar akan penipuan mereka selama memerintah dan melayu sudah beralih arah kepada parti lawan.Ia itu parti PAS dan PKR tidak kurang juga yang menyokong DAP. 

Orang-orang cina pula tidak lagi memberi sokongan kepada mereka ,begitu juga dengan orang india yang ada di Malaysia ni, semua dah mula membenci kumpulan parti melayu yang satu ini.Kecuali Mamak-mamak yang tiada ber parti (mengaku melayu tulin) yang menyokong parti ini.(dalam waktu yang sama mamak-mamak ini telah berjaya mengaburi mata melayu) mereka di lantik jadi pemimpin melayu.

Ada pemimpin parti melayu terbesar ini tidak mahu belajar dengan kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan dahulu seperti si mulut luas tu cium keris di pentas kononnya memperjuangkan ketuanan melayu orang-orang cina benci dan mereka beralih menyokong DAP, tapi itu masih lagi tidak menjadikan sebagai satu pengajaran kepada pemimpin parti ini. Kepada orang melayu pula mereka hina pemimpin-pemimpin melayau yang lebih berkelibar dari mereka dan ada antaranya mereka zalimi pemimpin-pemimpin melayu itu  di fitnah dan sebagainya,cara mereka itu telah memecah belahkan melayu,mereka semua tidak mahu mengakui hakikat segalanya berpunca dari mulut dan kelakuan mereka.

Sekarang ini bukan lagi seperti tahun 40an dan 50an seperti British mula-mula menubuhkan Umno dulu. Semua percakapan pemimpin parti melayu ketika itu diterima oleh orang-orang melayu,tapi sekarang sudah tidak lagi.Bila sahaja para pemimpin parti melayu ketika itu bercakap boleh mempegaruhi orang-orang melayu untuk berjihat dan akan disambut oleh orang melayu dengan penuh semangat perjuangan menentang kezaliman,sekarang ini tidak lagi orang melayu dah jelak dan muak dengan cara provokasi pemimpin menyuruh orang melayu membenci orang melayu dan memusuhi orang-orang cina Malaysia.Kerana jenerasi sekaran sudah bijak dan mereka boleh berfikir dan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Sebabnya selama ini  puas kita memupuk persefahaman (integrasi) kaum supaya Malaysia membangunkan bangsanya sendiri, ia itu terdiri dari berbagai kaum dan bangsa budaya, tapi kini pemimpin ini(pemimpin negara) pula yang mencetuskan api permusuhan antara kaum dan memecah belahkan melayu sesama melayu.

Dalam waktu yang sama mereka bersahabat dengan tauke-tauke cina, minum semeja mabok bersama sering mengadakan lawatan keluar negara berjudi bersama, sedang rakyat bawahan dilaga-lagakan.(mereka hanya nak untung sahaja) Itu lah dia pemimpin -pemimpin Umno (sedikit pun tak guna."Dulu Kini Dan Selamanya") yang hairan tu ramai juga penganut umno ni (Orang itu pendik akal)      

Jumaat, 2 Disember 2011

RASIS : Muhyiddin ?? Atau Siapa ?? .....

http://2.bp.blogspot.com/_2NdbcEkwej4/SRRX6ACD6NI/AAAAAAAACcs/Z5B71LunNGE/s400/muhyiddin-yasin-4.jpg
Semasa merasmilan persidangan ketiga-tiga sayap parti Umno tu hari, bukan main lagi TPM Muhyiddin bercakap berapi-api isu perkauman dan menuntut semua ahli Umno supaya membenci Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang dikatakan dikuasai oleh kaum cina yang mahu menjadikan negara ini negara republik. Hari ni dah pusing 360 darjah pulak dengan berkata ada parti lain yang lebih rasis lagi dari Umno.

Nak tanya kat TPM ni, parti mana tu yg lebih rasis dari Umno tu? Dah tentu dalam parti tu takkan wujud atau ada bangsa lain selain dari bangsa dia sahaja. Nak kata DAP, dalam DAP terdiri dari multiracial party. PAS? Dalam PAS pun sama jugak dan kalau nak kata kat PKR, lagi la tak masuk akal sebab dalam PKR terdapat Adun dan MP dari semua kaum utama kat Malaysia ni. Jadi parti mana yang TPM tu maksudkan tu..

Mari kita semua suruh TPM ni pikir guna kepala otak yang berakal sebab lembu pun ada kepala otak jugak tapi tak ada akal, parti dari golongan mana yang hanya mewakili kaum-kaum tertentu dalam Malaysia ni?

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Dan jawapannya semua dari dulu lagi dah tahu dan faham. Barisan Nasional la yang merupakan gabungan parti-parti rasis yang bersekutu untuk menjahanamkan negara apabila pemimpin-pemimpin atasan mereka kerjanya menipu rakyat dan memilikan harta  negara menjadi milikan peribadi, kroni dan keluarga.

BN terdiri dari MCA yang hanya mewakili kaum cina, MIC untuk India sahaja dan Umno mewakili melayu walaupun ungkapan perkataan Umno itu sendiri di warisi dari bahasa penjajah Inggeris. Tetapi rasisnya melebihi dasar aparteid yang terkenal di Afrika.

Apabila sesuatu parti ditubuhkan untuk hanya menjaga kepentingan kaum tertentu, maka sudah tentu sikap bias terhadap kaum mereka itu akan terjadi dan ini memang tidak dapat dinafikan walau oleh TPM itu sendiri. Jadi apa yang TPM kata tu tak lebih seperti mengata diri sendiri dan gabungan parti yang ada dalam BN.

Rasis: Terima Kasih Umno

Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak 'ketahuan' lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang 'sakaratul maut'.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan 'tongkat' kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat 'buah tangan' isu Dato' Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di'selamat'kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?

Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling 'rasis', mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini.


Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan 'selamat tinggal' kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga 'Selamat tinggal' kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen?

Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak 'mengajar' UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di'gelap'kan oleh mereka.

Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di'didik' dengan 'bahasa' undi kerana hanya itu sahaja 'jalan' yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN.

**Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

MOHD FIRDAUS JAAFAR 

Awas!!! Anda di bogel kan.....

Lihat gambar wanita di sebelah bagaimana software edit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.Baca laporan di bawah yang saya ambil dari blog iniZaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka.Malah aku pun buleh dikatakan pandai dalam menggunakan software Photoshop ini tapi tidak lah sampai untuk berfikir dan explore sehingga ingin membuat seperti ini. Tetapi, inillah yang berlaku sekarang. Ada tools (editor x-ray) di dalam photoshop boleh membuat gambar anda berpakaian akan menjadi bogel.

So, nasihat aku, korang kalau perempuan, dinasihatkan agar jangan lah upload gambar dekat facebook or mana-mana laman sosial dengan keadaan pebuh seperti gambar diatas. Ambil lah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.Sila kongsikan dengan kawan-kawan anda yang lain!

Kerajaan Beginilah Yang Rakyat Benciiii....Tapi orang Umno Suka Pula...Dah Telebih

(Harakah Daily) - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang didakwa dibuat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC.
Rafizi mendakwa pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.
Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya.
“Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis,” ujarnya dalama satu kenyataan.
Jelasnya, semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).
Menurutnya, siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati lamanhttp://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ )
Dakwanya lagi, antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah).
Ini, jarnya menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan.
“Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?” soalnya.
TARIKH
NO CEK
JUMLAH (RM)
8 Jan 2010
001376
1,524
13 Jan 2010
001406
1,709
26 Jan 2010
001465
28,476
24 Feb 2010
001540
12,743
24 Feb 2010
001543
3,076
9 Mac 2010
001587
22,400
9 Mac 2010
001590
26,572
9 Mac 2010
001592
5,776
31 Mac 2010
001671
45,428
22 April 2010
001735
27,853
13 Mei 2010
001789
45,235
25 Mei 2010
001825
3,196
18 Jun 2010
001848
120,521
16 Julai 2010
001922
89,800
16 Julai 2010
001923
21,114

JUMLAH
455,423
Menurutnya, pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri.
“Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura.
“Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?” tanya beliau.
Justeru, katanya Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan itu di Perhimpunan Agung Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.
Rafizi menambah, pihaknya akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru itu.


Macam ni pun orang melayu nak sokong juga lagi.Sadar lah wahai melayu Umno oi.....
sudah-sudah la tu


Beginilah Kerajaan Yang Rakyat Suka.....

(SelangorKini) - Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.

Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.
“genda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN,” katanya.
 Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.
“Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara,” katanya.
Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.
Rakyat yang mendapat nikmat hasil negeri......bukan hanya wakil rakyat sahaja macam dulu-dulu tu....
Duit balak, duit pasir,duit air dan segala duit hasil negeri banyak disapu oleh wakil rakyat je....Rakyat cuma bangga kerana oleh melayu kononnya ..... sebenarnya muka je melayu tapi hati lebih bangsat dari cina.....

Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru

Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.
Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.
Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”
“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.
“Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.
Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.
Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.
Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.
“Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.
“Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya,” kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.
Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.
Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.
Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.

Kerana Menuruti Kemahuan Syahwat (Syaitan).... Maruwah Diri Letak Ketepi

Gara-gara tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih sedang berasmara di dalam sebuah rumah di Kampung Batu 9, di sini, dicekup penduduk, polis dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, pagi kelmarin. 

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Baru Batu 9, Ahmad Baharom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki yang menjadi port melepaskan nafsu mereka. 

Menurutnya, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihannya tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin. 

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu tidak ada di rumah, memaksa kami memecahkan pintu depan rumah yang dikunci dari dalam kerana pasangan itu enggan beri kerjasama. 

“Lelaki berusia 30-an adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun berasal dari Terengganu, adalah seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Setapak Kuala Lumpur” katanya ketika ditemui pemberita. 

Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam. 

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukkan dokumen mengatakan mereka pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jaipk Hilir Perak. 

Pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan akhbar hanya boleh dibuat Pegawai Penguatkuasa di lbu pejabat Jabatan Agama lslam Perak di lpoh.
 
sumber: LantakBangpa La

Untungnya UMNO Dapat Bantuan Polis......

Aku petik


NFC: PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno

KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.“Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?” kata Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan. -TMI

Setakat Ini Tiada Unsur Pecah Amanah Dalam NFC - TKPN

KUALA LUMPUR: Tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Md Rashid.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan masih diteruskan berhubung penahanan 13 individu termasuk warga Filipina dan Indonesia di Tawau, Sabah baru-baru ini, yang disyaki cuba menghidupkan kegiatan militan di negeri berkenaan.

"Mereka masih disiasat, sebab itulah kita tahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana siasatan perlukan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan dan rangkaian mereka.

"Kita mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk menahan mereka mengikut akta itu kerana membabitkan isu keselamatan negara dan rakyat," katanya. -mstar