KUALA LUMPUR 23 JAN- Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi perlu
tampil memberikan penjelasan sama ada beliau menteri pertama yang
menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), kata Pengarah
Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Fahmi merujuk laporan media yang memetik kenyataan bekas menteri KDN,
Tan Sri Syed Hami Albar yang berkata tidak pernah menulis surat kepada
FBI seperti dilakukan Zahid.
Menurutnya,
laporan tersebut turut menyatakan mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak pernah berbuat demikian.
“Maka ramai yang ingin tahu, adakah Zahid Menteri Dalam Negeri yang pertama berbuat sedemikian?
“Adakah wujud satu “Standard Operating Procedure” (SOP) bagi
menteri-menteri kabinet untuk menulis surat kepada mana-mana badan atau
organisasi atas nasihat peguam yang bukan Peguam Negara, seperti surat
yang ditulis Zahid ini?.” ujarnya dalam kenyataan media.
Katanya, beliau ‘berdoa’ agar Zahid ‘dikurniakan keberanian’ untuk
menjawab soalan-soalan tersebut, dan tidak berselindung di sebalik
alasan teknikal dan undang-undang kukubesi seperti dibuat sebelum ini.
Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan beliau tidak pernah menulis surat kepada FBI ketika mengetuai kementerian berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing
adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun tidak pernah menulis
kepada mana-mana agensi.
Zahid sebelum ini dikecam hebat kerana menulis surat kepada agensi
asing itu untuk membebaskan raja judi, Paul Phua yang berdepan tindakan
mahkamah di Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan