Sabtu, 30 April 2011
Najib dah mula demam kura (mariap dingin)
Bila anjng-anjing menyalak
Haram hukum meniup lilin dan menyanyi menyambut hari jadi
Jumaat, 29 April 2011
Jangan Permainkan Sumpah Laknat.



Video Sumpah Laknat Eskay..

Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,
Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.
Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.
“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.
“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.
“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.
“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.
“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.
Kemalangan ragut nyawa pembantu khas Zahid Hamid
![]() |
AHMAD SHAARI |
SUNGAI PETANI 28 April — Ahmad Shaari Abdul Rani, pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok.
Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat.
Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini. — Bernama
Kesal dengan sikap TV3 terlampau
Rasuah punca pintu masuk negara sering bolos - SPRM
KUALA LUMPUR 28 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pegawai penguat kuasa, termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara.
Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan dipercayai menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.
"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam.
“Terdapat juga penguat kuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram,” demikian menurut laporan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.
"Ini adalah antara punca menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin,” menurut laporan itu. – Bernama
Rabu, 27 April 2011
Liwat 11:Anuar ulangi ia konspirasi politik
Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.
Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.
“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.- Keadilan Daily
AKU PETIK
Selasa, 26 April 2011
Paderi dipenjara selepas teruskan bantahan dimasjid
Polis nafi wujud 'orang minyak'
BATU PAHAT 25 April - Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya wujud sekumpulan empat penjenayah ala 'orang minyak' yang hanya berseluar dalam sedang bermaharajalela menyamun beberapa buah rumah di lereng bukit di daerah ini.
Khabar angin yang bertiup kencang itu wujud berikutan kehadiran helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat berlegar di ruang udara daerah ini dan pelaksanaan sekatan jalan raya sepanjang lima hari bermula 19 April lalu.
Setelah melakukan samun di rumah pada lewat malam dan awal pagi, kumpulan orang minyak itu dikatakan melarikan diri ke markas mereka yang terletak di kawasan hutan di bukit berdekatan Kampung Istana di sini.
Lima buah rumah di Kampung Istana dan sebuah rumah di Parit Besar di sini turut dikatakan disamun oleh suspek yang dipercayai menuntut ilmu hitam dan menyasarkan rumah lot tepi berdekatan lereng bukit.
Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Supritendan Adnan Azizon menegaskan, tinjauan udara helikopter itu adalah sebahagian daripada operasi cegah jenayah bagi memantau lokasi berisiko tinggi menjadi sasaran penjenayah termasuk rumah-rumah di lereng bukit.
Beliau memberitahu, operasi turut membabitkan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di rumah-rumah kongsi penempatan pekerja warga asing dan pusat hiburan bagi memastikan mereka mempunyai permit yang sah untuk bekerja di sini.
"Tidak wujud orang minyak. Kalau ada orang minyak, kita tak guna helikopter tetapi guna bomoh," katanya sambil berseloroh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat hari ini.
Adnan bagaimanapun tidak menafikan polis turut melakukan pemeriksaan di kawasan lereng bukit termasuk berdekatan Kampung Istana, tetapi menafikan wujud markas 'orang minyak' di situ.
"Memang kita ada buat pemeriksaan kerana dalam kes pecah rumah, penjenayah dikesan sering melarikan diri ke kawasan hutan di lereng bukit. Namun tak wujud markas seperti itu," katanya.
Adnan memberitahu, sepanjang operasi itu dijalankan, polis menahan 249 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengeluarkan 469 saman trafik atas pelbagai kesalahan.
DAP cabar Wan Ahmad
Isnin, 25 April 2011
Karpal: Saiful Tidak Lari Ketika Berpeluang, Tetapi Secara Sukarela Menyapukan 'KY-Jelly' di Penis Tertuduh ?

Yusof: Berdasarkan Sampel DNA Daripada Berus Gigi, Tuala & Botol Air Mineral, DNA Lelaki Y Milik Anwar !

Ahad, 24 April 2011
SANTAI NGINUM PATANG

Sabtu, 23 April 2011
Akhirnya Raja Petra Ditangkap Juga Di Thailand

Anwar, Rahim Tambi Chik dan SEX...
